Ribuan hadir solat jenazah, pengebumian

PUTRAJAYA  2 Ogos – Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah mengetuai delegasi Malaysia memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh  di Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha.

Beliau bersama delegasi negara dibawa wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi jenazah Haniyeh ke tempat istirehat terakhirnya di tanah perkuburan berkenaan.

Melalui Facebooknya, beliau berkata, ribuan jemaah daripada pelbagai negara dan rakyat tempatan hadir solat jenazah di Masjid Imam Muhammad Ibn Abdul Al Wahhab Doha Qatar sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Saya dibawa oleh Wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi Jenazah yang suci, pemimpin syahid, Mujahid Ismail Haniyeh  ke tempat peristirahatan terakhirnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha pada jam 1 petang waktu tempatan.

Upacara pengebumian syuhada, Ketua Biro Politik Hamas dilakukan dengan kehadiran orang ramai serta penyertaan pemimpin Arab dan Islam dari pelbagai negara,” katanya.

Beliau berkata, dengan kehadiran ribuan orang ramai sewaktu solat jenazah dan di pengebumian Almarhum jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai pemimpin teragung Palestin.

“Sudah pasti, perjuangannya akan diteruskan dalam usaha membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis dan sebuah negara merdeka,” katanya.

Terdahulu beliau tiba di Hamad International Airport pada Jumaat 2 Ogos 2024 pukuk 6 pagi waktu tempatan dan disambut oleh pegawai kedutaan Malaysia di sini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment