Solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh

PUTRAJAYA 2 Ogos – Masjid di seluruh negara hari ini mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat untuk Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran.

Selain masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), solat jenazah ghaib turut diadakan di beberapa negeri sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin, dalam menentang kezaliman rejim zionis.

Ada juga masjid yang mengadakan solat jenazah ghaib lebih awal semalam atau malam tadi.

Pemimpin Palestin itu berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian.

Ismail terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran.

Nnn

(Solat jenazah di Masjid Putra Nilai)

Related posts

Leave a Comment