Kita tidak tahu apa masalah dia”

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang mengikut Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya masih belum menerima laporan penuh berhubung perbuatan Ibrahim di lokasi kejadian tanah jerlus di sini pada Rabu lalu. Katanya, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diarah untuk memanggil Ibrahim kelmarin. “Kita tidak tahu apa masalah dia, kita husnuzon. Kalau tuan, puan ingat dia (Ibrahim) pernah dituduh sebelum…

Read More

Sedia timbang pampasan wanita jerlus

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Kerajaan sedia mempertimbangkan pampasan kepada keluarga mangsa yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India di sini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat. Berhubung reaksi keluarga mangsa mengenai keputusan menghentikan Operasi mencari dan menyelamat (SAR), Dr Zaliha memaklumkan mereka menerima sekiranya pihak kerajaan terpaksa membuat keputusan sedemikian. “Pada hari pertama mereka sangat sedih dan sukar menerima selain memohon untuk kita cepat menemui mangsa. Kita memberi jaminan akan lakukan secepat mungkin,…

Read More

SAR mangsa tanah jerlus dihentikan

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, dihentikan petang ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas mengkaji semula laporan daripada semua agensi berkaitan operasi SAR, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Keputusan yang diambil ialah untuk mendapat pandangan daripada sudut pakar, sebelum kita mengambil apa-apa keputusan. “Oleh kerana itu, setelah kita mengumpulkan semua bentuk kepakaran…

Read More

Lebih 100,000 banjiri Dataran Putrajaya

PUTRAJAYA 31 Ogos – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka. Sambutan tahun ini menyaksikan pembabitan seramai 13,009 peserta persembahan dan perarakan, 112 haiwan dalam perkhidmatan, 439 aset darat dan udara daripada pelbagai agensi di lokasi acara sambutan. Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negara termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Fadillah Yusof. Sambutan secara rasmi bermula dengan…

Read More

Objek tidak wajar bukan mangsa jerlus

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Objek anomali (objek tidak wajar) yang dikesan satu meter bawah permukaan melalui Radar Menembusi Tanah (GPR) disahkan bukan wanita hilang yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India 23 Ogos lalu. Ini berikutan kerja pengorekan dilakukan di lokasi utama kejadian tanah jerlus itu malam tadi, tidak berhasil menemukan mangsa yang hilang. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membuat korekan dengan kedalaman satu hingga dua meter yang berskala kecil di lurang kumbahan satu di lokasi utama kejadian. Korekan dibuat…

Read More

Bergelut salur bantuan di Gaza

NEW YORK – “Apa sudah terjadi kepada kemanusiaan asas kita?’ Begitulah ungkapan Joyce Msuya, seorang  pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan perang berterusan yang semakin melarat di Gaza. Pemangku Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, berkata operasi kemanusiaan terpaksa bergelut untuk menyalurkan bantuan. Beliau berkata pihaknya tidak boleh membuat perancangan awal kerana berdepan kesukaran untuk mengetahui apa dan bila bekalan bantuan bakal diperoleh mahupun ke mana ia akan dapat dihantar. “Orang awam kelaparan. Mereka kehausan. Mereka sakit. Mereka tidak mempunyai…

Read More

Pindah ke Nusantara ditangguh

JAKARTA – Pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur ditunda sehingga lapangan terbang di situ beroperasi, kata Presiden Joko Widodo. Ketika lawatannya ke Yogyakarta, kelmarin, Jokowi berkata banyak perkara belum diselesaikan, seperti lapangan terbang. Jokowi berkata, lapangan terbang diperlukan bagi memudahkan pergerakan ke pelbagai wilayah sejurus ibu negara Indonesia dipindahkan ke Nusantara kelak. “Jika saya mahu ke Papua, Nusa Tenggara Timur atau Acheh (selepas perpindahan), ia perlu dari lapangan terbang di Nusantara,” katanya yang akan menamatkan penggal pentadbiran tidak lama lagi. Ini bukan kali pertama Jokowi menunda perpindahan…

Read More

KL masih selamat diduduki

PERMATANG PAUH 30 Ogos – Kuala Lumpur (KL) adalah bandar raya yang masih selamat untuk dikunjungi dan rakyat khususnya pelancong yang ke ibu negara tidak perlu gusar dan bimbang susulan kejadian tanah jerlus di Masjid India, Jumaat lalu. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah melalui kawasan kejadian tanah jerlus itu dan tindakan segera sudah diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi perkara berkenaan. “(Melalui laporan) tanah mendap (jerlus) itu sudah di ‘establish through technical study’ dan tidak ada sebarang masalah (ditemui setakat ini). Cuma (sekarang) kawasan yang…

Read More