Sumbangan: Patuhi peraturan, isu ke Kabinet

SELAYANG 23 Julai – Pengurusan sekolah diingatkan supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dalam menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata, sekolah adalah milik masyarakat dan pihaknya meraikan apa jua bentuk sumbangan atau pendanaan awam seperti digariskan oleh kementerian. “Garis panduan berkenaan adalah untuk memastikan semua perkara berkaitan sumbangan dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah. “Jadi saya menasihatkan untuk mematuhi garis panduan terbabit dan pihak sekolah perlu memastikan tanggungjawab berkenaan dilaksanakan di peringkat pentadbir bagi membolehkan semuanya berjalan lancar,” katanya. Beliau berkata demikian pada…

Read More

Keterujaan menanti Sukan Olimpik Paris

KUALA LUMPUR 23 Julai – Rakyat Malaysia menunjukkan keterujaan luar biasa  untuk mengikuti perkembangan Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini. Satu kajian yang diadakan baru-baru ini mendapati sebanyak 73 peratus daripada rakyat Malaysia, percaya Sukan Olimpik Paris perlu terus diadakan tanpa mengira keadaan ekonomi dunia dan konflik yang berlaku. Ipsos dalam satu kenyataan memaklumkan hasil kajian itu berdasarkan kaji selidik secara bersemuka dengan 500 orang dewasa 18 tahun ke atas dan juga secara dalam talian terhadap 24,531 orang dewasa di bawah umur…

Read More

Jun catat 37,242 pemilih baharu

PUTRAJAYA 23 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), merekodkan 37,242 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dalam tempoh 1 hingga 30 Jun lalu. Setiausaha SPR,  Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh yang sama, 5,054 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya dan 4,785 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Untuk rekod, dalam tempoh 1 hingga 31 Mei 2024, sebanyak 39,019 warganegara  didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 6,547 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 pemilih bertukar status/kategori pengundi. Ikmalrudin berkata, Daftar…

Read More

123 rakyat Malaysia tiba dari Bangladesh

SEPANG 23 Julai – Kumpulan 123 rakyat Malaysia yang dibawa balik dari Bangladesh susulan keadaan kacau bilau di negara itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini. Penerbangan AirAsia AK76 itu tiba pada pukul 4.56 petang ini setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada pukul 11.23 pagi (1.23 tengah hari waktu Malaysia). Menteri Luar, Mohamad Hassan sebelum ini memaklumkan seramai 192 rakyat Malaysia berada di negara itu, merangkumi 124 pelajar, 58 (bukan pelajar) dan keluarga petugas kedutaan (10). Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan,…

Read More

KDN teliti KL bandar kelima paling bahaya

PUTRAJAYA 23 Julai –  Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melihat ‘kayu ukur’ Forbes Advisor yang menyenaraikan Kuala Lumpur di kedudukan kelima sebagai bandar raya paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati. Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail, berkata KDN akan meneliti laporan itu yang bertentangan dengan Indeks Keamanan Global 2024 (GPI). Katanya, GPI 2024 menunjukkan Malaysia berada di tempat ke-10 antara negara paling aman di dunia dan tersenarai sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia Pasifik berbanding laporan platform Forbes Advisor. “Kayu pengukur Global Peace Indeks jelas, saya belum baca kayu…

Read More

Jenayah kekejaman paling jarang ditemukan

PUTRAJAYA 23 Julai – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menyifatkan kes pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui. Justeru Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menegaskan mahkamah tidak akan bertoleransi dalam kejadian sebegini. Hadhariah yang mempengerusikan panel tiga hakim bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin berkata kejadian itu berpunca daripada perbuatan tertuduh pertama hingga keenam. Tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin…

Read More

6 bekas penuntut UPNM dihukum gantung

PUTRAJAYA 23 Julai – Mahkamah Rayuan hari ini mendapati enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu. Susulan itu, mahkamah yang membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu. Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin. Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal,…

Read More

Nizar Najib kekal setia bersama UMNO

KUANTAN 23 Julai –  Anak sulung bekas Perdana Menteri,  Mohamad Nizar Mohamad Najib menafikan desas-desus yang mendakwa beliau bertemu pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pahang. Mohamad Nizar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Pahang, menyifatkan dakwaan berkaitan pertemuan yang tular di media sosial itu sebagai cerita dongeng yang tidak pernah berlaku. Justeru beliau menegaskan tidak akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarganya perjuangkan bersama pemimpin lain di samping mengingati pesan  bapanya, Datuk Seri Najib Razak supaya terus setia kepada parti walau bagaimana susah sekali pun keadaan.…

Read More

Kanak-kanak hilang ditemukan selamat, 5 ditahan

JOHOR BAHRU 23 Julai –  Albertine Leo, kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemukan dalam keadaan selamat awal pagi ini di Batang Kali, Kuala Kubu Baharu, Selangor. Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 31 tahun juga ditahan kira-kira pukul 4 pagi ini dan dihantar ke Johor Bahru untuk siasatan lanjut. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata suspek tiada kaitan persaudaraan dengan mangsa dan motif kanak-kanak ini dilarikan masih dalam siasatan pihak…

Read More