KUALA LUMPUR 31 Julai – Seluruh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan berkampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung pasda 17 Ogos depan. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Ahli MKT UMNO akan menyelaras gerak kerja jentera parti dan Barisan Nasional (BN) di setiap Pusat Daerah Mengundi di N43 DUN Nenggiri bermula hari penamaan calon Sabtu ini. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mesyuarat MKT parti itu, malam ini. Mesyuarat juga memutuskan akan memulakan tindakan undang-undang…
Read MoreMonth: July 2024
Iran ikrar beri ‘hukuman keras’
TEHRAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berikrar memberi ‘hukuman keras’ terhadap Israel selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang menjadi tetamu di negara itu. Sambil menyifatkan Ismail Haniyeh sebagai pemimpin mujahidin Palestin yang berani, Ali berkata, tindakan penjenayah rejim Zionis yang membunuh tetamu kesayangan mereka di rumah mereka sendiri membawa kedukaan. Namun Ali menegaskan, ia juga menyediakan asas untuk hukuman yang keras terhadap rejim itu. “Syuhada Ismail Haniyeh mempertaruhkan nyawanya selama bertahun-tahun di medan perjuangan yang mulia dan bersedia untuk syahid dan beliau menawarkan anak-anak serta rakyatnya di jalan…
Read MoreHad usia beli rokok dinaikkan kepada 21
JAKARTA 31 Julai – Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21, sebagai sebahagian daripada siri perubahan kepada peraturan kesihatan yang bertujuan membendung tabiat merokok. Dalam peraturan kerajaan yang ditandatangani Presiden Joko Widodo minggu lalu, Indonesia turut mengharamkan penjualan sebatang rokok, alternatif murah yang biasa di kedai jalanan tempatan. Peraturan itu bertujuan “menurunkan kelaziman perokok dan mencegah perokok awal usia,”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam tinjauan pada 2021 menyatakan Indonesia, dengan 270 juta penduduk adalah salah satu pengeluar tembakau terkemuka dunia dan terdapat kira-kira 70 juta…
Read MorePemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh
TEHRAN – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya susulan serangan ke atas kediamannya di Tehran hari ini. “Kediaman Ismail Haniyeh, ketua pejabat politik, diserang di Tehran, dan akibat kejadian ini, dia dan salah seorang pengawal peribadinya, syahid,” kata kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi di laman web beritanya, Sepah. Punca “kejadian” tidak jelas tetapi Pengawal Revolusi Iran berkata, ia “sedang disiasat.” Haniyeh tiba di Tehran pada Selasa untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden baharu Iran Masoud Pezeshkian di Parlimen. Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab manakala satu…
Read MoreSambutan Hari Pahlawan 2024
PUTRAJAYA 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Dataran Pahlawan, di sini, hari ini. Istiadat sambutan yang dinaungi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM, Persatuan Veteran ATM (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM). Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh Mejar Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Sultan Ibrahim kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama. Perbarisan Hari…
Read MoreAhmad Jazlan nafi ‘mesej berhantu’
KOTA BHARU 31 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, tidak pernah mengeluarkan arahan kepada PKR yang melarang pemakaian baju Pakatan Harapan (PH) ketika masuk ke kawasan DUN Nenggiri. Ahmad Jazlan yang menafikan demikian menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan sebagaimana dakwaan yang tular sejak petang semalam melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Malah, kandungan arahan yang tular itu turut mendakwa Ahmad Jazlan hanya membenarkan jentera PKR memakai baju UMNO dan BN. “Petang semalam, berlegar mesej berhantu yang memburukkan nama saya. Ini adalah satu dakyah dan konspirasi…
Read MorePilihan PN hasil penelitian senarai panjang
KOTA BHARU 31 Julai – Pemilihan calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dibuat hasil penelitian terhadap senarai panjang merentasi ahli parti demi menampilkan calon terbaik. Pengarah Operasi PRK DUN Nenggiri PN, Annuar Musa, berkata pendekatan itu diambil untuk memastikan pengundi di kawasan itu tidak lagi ditipu sebagaimana didakwa dilakukan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi berkenaan sebelum ini. Katanya, apabila Barisan Nasional (BN) mengumumkan pencalonan membabitkan Ketua Pemuda bahagian yang dikenali penduduk sebagai seorang kontraktor projek dan berniaga, maka…
Read MoreBerita pilihan
Microsoft Corp siasat gangguan aplikasi
WASHINGTON: Microsoft Corp sedang menyiasat gangguan pada beberapa aplikasi Office dan perkhidmatan Cloud yang berlaku di seluruh dunia. Syarikat itu dalam kemas kini di laman web untuk memantau kebolehcapaian perkhidmatan Cloud Azure berkata, isu ini juga menjejaskan beberapa perkhidmatan dan ciri Microsoft 365. Microsoft 365 merangkumi aplikasi produktiviti biasa seperti Outlook, Word, dan Excel. Syarikat itu berkata, pengguna mungkin tidak dapat mengakses aplikasi itu atau mengalami gangguan atau prestasi yang teruk Laporan gangguan pada Azure dan Microsoft 365 mula meningkat sejurus selepas pukul 7 pagi waktu New York dan aduan…
Read MoreBritain gesa rakyatnya tinggalkan Lubnan
LONDON: Britain memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka bertambah buruk dalam masa singkat dan menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu. Setiausaha Luar, David Lammy memberitahu Parlimen, berlaku tembakan balas artileri dan serangan udara yang kerap, ketegangan turut meningkat dan dijangka bertambah buruk dalam masa terdekat. “Saya bekerjasama dengan pasukan konsulat pejabat asing untuk memastikan kami bersedia dalam semua senario, tetapi jika konflik semakin tegang, kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memindahkan warga kita dengan segera. “Mereka mungkin terpaksa berlindung di tempat yang dirasakan selamat,” kata Lammy.…
Read More