SINGAPURA 13 Mei – Proses peralihan kepemimpinan Singapura bermula apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyerahkan surat hasrat meletak jawatan mulai Rabu ini kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam di sini hari ini. Pada masa yang sama Lee juga menamakan Timbalannya Lawrence Wong untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri keempat republik itu mulai 15 Mei. Dalam surat balasnya, Presiden Tharman bersetuju melantik Wong sebagai Perdana Menteri dan mempelawa Wong membentuk pemerintah yang seterusnya sejajar dengan Perlembagaan Artikel 25(1). Presiden dalam surat menerima peletakan jawatan Lee turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan Lee…
Read MoreDay: May 13, 2024
Penyu bertelur di Teluk Bahang
BALIK PULAU 13 Mei – Pantai Teluk Bahang diisytiharkan sebagai sarang penyu bertelur dan pada masa sama mewujudkan Pusat Konservasi Marin di Angsana Resort bagi memelihara, memulihara, mengurus serta konservasi spesies terancam. Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Aquawalk Group Sdn Bhd dan Angsana Resort. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula akan bertindak sebagai penasihat teknikal bagi usaha pemeliharaan dan rehabilitasi spesies terancam seperti penyu. Wan Muhammad Aznan berkata dengan kerjasama pihak-pihak tersebut, pendaratan penyu berkemungkinan…
Read MoreLagi kejadian pokok tumbang di KL
KUALA LUMPUR 13 Mei – Sembilan kenderaan, termasuk lima motosikal dan sebuah kenderaan polis terjejas dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang, Jalan P Ramlee di sini, petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, ketika mengesahkan perkara itu, berkata kenderaan polis yang terbabit sedang dalam tugas mengiring konvoi Ketua Menteri Melaka ke ibu negara. “Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku pada jam 3.26 petang. Tiga kereta, lima motosikal dan sebuah kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang mengetuai konvoi Ketua Menteri Melaka terbabit. “Tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas…
Read MoreLima ADUN lantikan di Pahang
KUANTAN 13 Mei – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan diumumkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, selepas mendapat sokongan majoriti mudah. Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Wong Tat Chee; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin. Usul pelantikan itu dicadangkan Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong tujuh ADUN Pahang. Mereka adalah Mohd Johari Hussain…
Read MoreEpisod baharu selepas UMNO balas jasa DAP
TAHNIAH Kerajaan Perpaduan kerana berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei lalu. Tahniah juga kepada UMNO kerana sudah membalas budi baik DAP. Lebih bermakna, kemenangan itu bagaikan satu hadiah istimewa sama ada daripada DAP atau daripada UMNO yang menyambut ulang tahun ke-78 penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu pada hari pengundian berlangsung. Apa pun, bukanlah satu kejutan, penyandang mampu mempertahankan kedudukan lebih-lebih lagi ketika calonnya hadir dengan “kekuatan” sebagai sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri Selangor atau di…
Read More‘Zon selamat’ di Gaza palsu, mengelirukan
GAZA: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mendakwa ‘zon selamat’ di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan. Beliau membangkitkan perkara itu ketika penduduk Palestin di Gaza terus diarah berpindah oleh pihak berkuasa Israel yang dianggap sebagi pemindahan paksa. Menurtunya, sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap, dengan secara purata sebulan sekali, bagi mengelakkan mereka ditahan dan dibunuh oleh tentera Israel. Tambah Lazzarini, sesetengah orang tiada pilihan kecuali tinggal di tempat perlindungan UNRWA yang telah dibom. Sementara itu,…
Read MoreBerita pilihan….
Angka kematian terus meningkat
RAFAH: Jumlah kematian rakyat Palestin mencecah lebih 35,000 orang setelah Israel kembali menyerang Gaza kononnya untuk menghapuskan lokasi persembunyian Hamas. Dalam serangan terbaru semalam, beberapa kawasan di Gaza terlibat malahan Israel juga mengesahkan pesawatnya mengebom ‘lebih 150 sasaran pengganas’ sepanjang hari semalam. Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu. Ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat pengeboman dan serangan Israel di Gaza kepada sekurang-kurangnya 35,034 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kembali menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan segera,…
Read MoreIsrael tidak ada pelan lindungi 1.4 juta awam
WASHINGTON: Israel tidak ada ‘pelan yang boleh dipercayai’ untuk melindungi kira-kira 1.4 juta orang awam Palestin yang berlindung di Rafah, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken. Kenyataan itu sebagai mengulas keputusan AS menghentikan pembekalan 3,500 bom [membabitkan 2,000 paun (907.1 kilogram) dan 500 paun (226.7 kg)]. Beliau memberitahu CBS News bahawa penghantaran itu adalah satu-satunya pakej senjata AS yang disekat dan, sekiranya Israel ‘melancarkan operasi ketenteraan utama itu ke Rafah, terdapat sistem tertentu yang AS tidak akan menyokong dan membekalkan untuk operasi itu’. “Israel perlu mempunyai rancangan yang…
Read More