2 ditahan, 38.8kg syabu RM1.2juta dirampas

SEPANG 31 Mei –  Polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas 38.8 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM1.2 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini semalam. Suspek yang dipercayai keldai dadah berusia 34 tahun itu ditahan dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA dengan bantuan polis bantuan Malaysia Airports kira-kira pukul 4 pagi. Lelaki itu ditahan ketika dia membawa dua bagasi berisi 37 bungkusan plastik disyaki syabu sebelum seorang lagi suspek berumur 36 tahun yang disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah ditahan di sebuah hotel…

Read More

Polis siasat secara menyeluruh – KPN

KUALA LUMPUR 31 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung kejadian anggota pengiring orang kenamaan didakwa memukul seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di KL Sentral pada 28 Mei lalu. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, siasatan berkenaan dibuat berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi. “Pegawai-pegawai yang terbabit dalam kes ini akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan. “Langkah ini diambil untuk memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan semua pihak yang terbabit dapat memberikan keterangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. Razarudin berkata, keutamaan dalam…

Read More

Tunku Mahkota Ismail tuntut siasatan menyeluruh

JOHOR BAHRU 31 Mei – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian seorang pengiring keselamatan yang didakwa memukul pemandu e-hailing yang juga orang kurang upaya Selasa lalu. Tunku Mahkota Ismail bertitah, tidak sesekali membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. “Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan. “Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat…

Read More

Israel dakwa tawan keseluruhan Gaza

BAITULMAQDIS: Israel mendakwa pasukan pertahanannya (IDF) sudah menawan keseluruhan Gaza termasuk zon penampan di sepanjang sempadan dengan Mesir. Kejayaan itu susulan serangan ke atas Rafah dan operasi ketenteraan terbaharu  berdekatan Semenanjung Gaza dan Mesir yang memberikannya kuasa penuh atas keseluruhan sempadan darat Gaza. Pegawai perubatan di Gaza memaklumkan, tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dalam serangan udara ke atas Rafah awal pagi semalam dengan pertempuran di beberapa kawasan lain di pinggir pantai. Berikutan penaklukan Israel di zon penampan menyebabkan laluan yang digunakan kumpulan Hamas untuk menyeludup senjata ke Gaza…

Read More

Bekas Presiden AS disabit jenayah

NEW YORK: Donald Trump menjadi bekas presiden Amerika Syarikat (AS) pertama yang disabitkan dengan jenayah tetapi masih boleh bertanding dalam pemilihan Presiden AS 5 November ini sekaligus boleh menyaksikannya kembali ke Rumah Putih. Juri New York mendapati Trump bersalah atas semua 34 pertuduhan terhadapnya. Trump didapati bersalah dalam setiap 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan bayaran yang bertujuan menutup mulut bintang lucah, Stormy Daniels, menjelang pemilihan presiden pada 2016. Secara teori, dia boleh dihukum penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan tetapi lebih berkemungkinan tidak akan dipenjarakan, sebaliknya hanya dikenakan…

Read More

Dua helikopter nahas tidak boleh dibaiki

KUALA LUMPUR  30 Mei – Dua pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec yang terlibat dalam nahas 23 April lalu disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob, berkata kedua-dua bangkai pesawat itu kini berada di markas TLDM sekiranya ada semakan siasatan lanjut “Ia ‘beyond repaired’ (tidak boleh dibaiki) dan tentu sekali AW139 ini helikopter baharu yang berpangkalan di Kota Kinabalu. “Kita ada tiga pesawat baharu yang kita peroleh tetapi satu sudah terbabit nahas…

Read More

Tidak di haluan ditetapkan punca nahas

KUALA LUMPUR 30 Mei – Helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan menjadi faktor utama  nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 23 April lalu yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM. Panglima TLDM, Laksamana Madya Abdul Rahman Ayob memberitahu, Fennec memasuki laluan helikopter AW-139. Bercakap pada sidang media ketika mengumumkan laporan penuh nahas helikopter TLDM itu, beliau menjelaskan kedua-dua helikopter didapati berada dalam keadaan selamat untuk terbang semasa hari kejadian. Beliau turut mendedahkan punca sekunder nahas helikopter TLDM adalah ‘channelise attention’ oleh krew helikopter AW139 tertumpu ke…

Read More

992 tiket tren khas Lambaian Aidiladha

KUALA LUMPUR 30 Mei – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 992 tiket bagi perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) untuk perjalanan dari KL Sentral ke Tumpat dan sebaliknya sempena sambutan Aidiladha bulan depan. Menerusi kenyataannya, KTMB memaklumkan, jualan tiket akan mula dibuka 10 pagi esok dengan harga bermula daripada RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala. Tren khas ini antara inisiatif KTMB bagi menghargai penumpang setianya, di samping menawarkan pengangkutan alternatif kepada penumpang yang akan pulang ke Pantai Timur sempena Aidiladha ini. “Ia juga sebagai tanda sokongan kepada pihak…

Read More