BERLIN – Wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) merebak dengan ketara, dengan 5,794 kes disahkan dan 2,786 kematian dilaporkan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini terbaharunya berkata, wabak berkenaan kini merebak ke 60 zon kesihatan, meningkat daripada 54 zon yang dilaporkan pada 14 Ogos.
Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, peningkatan kes dan penyebaran wabak ke kawasan geografi yang lebih luas dalam tempoh tiga bulan lalu menunjukkan peningkatan ketara.
Wabak itu masih dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.
Kelewatan mengesan kes boleh meningkatkan risiko penularan dalam kalangan keluarga, komuniti dan kemudahan kesihatan.
Secara kumulatif, sebanyak 5,815 kes disahkan dilaporkan di semua negara yang terjejas, termasuk 20 kes di Uganda dan satu kes di Perancis,”.
Selain itu, dilaporkan sebanyak 2,788 kematian direkodkan, termasuk dua di Uganda, manakala sekurang-kurangnya 1,314 pesakit dilaporkan pulih.
Dalam pada itu, WHO berkata, risiko penularan merentasi sempadan kekal tinggi walaupun pemeriksaan dan pemantauan keluar masuk dilaksanakan di lapangan terbang, pelabuhan serta pintu sempadan darat rasmi.
Nnnn
