Siapa bakal pandu pulang kereta JIMBA?

BANGI 30 Ogos – Siapakah yang bakal ‘memandu’ pulang tiga buah kereta cabutan bertuah sempena Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) Bangi pada malam ini?

Setakat ini, 43,000 pelanggan Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd layak menyertai cabutan itu yang menawarkan Perodua Myvi 1.5L AV, Proton Saga MC3 2026 dan Perodua Bezza 1.3 AV.

Hadiah-hadiah lain yang ditawarkan sempena JIMBA Bangi adalah pakej umrah ziarah dan barangan elektronik bernilai sehingga RM10,000.

Menurut Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, cabutan kali ini ada kelainan kerana dibuat dua peringkat iaitu pada malam 31 Ogos dan Malam Tahun Baharu 2027.

Ini bermakna bagi mereka yang tidak berjaya malam ini, masih berpeluang untuk memenangi lima lagi kereta pada peringkat kedua.

“ Selepas tinjauan dibuat kita dapati pelanggan mahu kereta yang mudah diselenggara dan kereta tempatan menjadi pilihan” katanya selepas merasmikan JIMBA Bangi dan pelancaran Digitalisasi Andalusia tripanda.com semalam.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Eksekutif Andalusia Md Daud Che Ngah, dan Pengarah Urusan Ibrahim Mat Sin.

Beliau menjelaskan pelanggan yang membuat tempahan pakej pelancongan atau umrah bernilai sekurang-kurangnya RM500 tahun ini layak menyertai cabutan itu untuk malam ini dan pada penghujung tahun.

Untuk itu, mereka yang sudah membuat tempahan boleh hadir di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi malam ini atau cawangan-cawangan terdekat untuk melayakkan  mereka yang bertuah memenangi hadiah-hadiah itu.

Pengunjung bertuah JIMBA Bangi juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuan malam ini termasuk satu pakej umrah.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment