Arab Saudi catat 291,468 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi mengumumkan 1,521 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini meningkat kepada 291,468.

Jurucakap MOH memberitahu, daripada kes baharu yang dilaporkan, 101 direkodkan di Riyadh, diikuti Makkah 88, Dammam 75, Hufof dan Madinah masing-masing 65, Jazan 51, Hail 45 dan Jeddah 39.

Sebanyak 1,640 orang yang positif Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah sembuh 255,118, iaitu ha pir 88 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 3,233 termasuk 34 kematian yang dilaporkan hari ini manakala 33,117 kes aktif dan 1,821 kes kritikal.

Related posts

Leave a Comment