GAZA: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mendakwa ‘zon selamat’ di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
Beliau membangkitkan perkara itu ketika penduduk Palestin di Gaza terus diarah berpindah oleh pihak berkuasa Israel yang dianggap sebagi pemindahan paksa.
Menurtunya, sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap, dengan secara purata sebulan sekali, bagi mengelakkan mereka ditahan dan dibunuh oleh tentera Israel.
Tambah Lazzarini, sesetengah orang tiada pilihan kecuali tinggal di tempat perlindungan UNRWA yang telah dibom.
Sementara itu, menerusi platform X, UNRWA menganggarkan kira-kira 300,000 orang kini melarikan diri dari Rafah kerana perpindahan paksa yang tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Palestin sepanjang minggu lepas.
Israel telah melancarkan serangan tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, yang mengakibatkan hampir 35,000 penduduk Palestin terkorban.
Selepas tujuh bulan, peperangan Israel meninggalkan impak mendalam di mana banyak kawasan di Gaza musnah, memaksa 85 peratus daripada penduduknya berpindah di dalam wilayah mereka sendiri, di samping sekatan terhadap makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
(Foto UNRWA)
Nnnn
