KUALA LUMPUR 10 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Menara Merdeka 118 di sini malam ini. Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Arshad Raja Tun Uda. Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd. Menara yang memiliki 118 tingkat dengan…
Read MoreDay: January 10, 2024
GRS kekal sokong Kerajaan Perpaduan
KOTA KINABALU 10 Jan. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengulangi pendirian menyokong penuh kepemimpinan Anwar Ibrahim dan tidak akan terbabit dalam sebarang cubaan bagi mengambil alih Kerajaan Perpaduan di persekutuan. Pengerusinya, Hajiji Noor, berkata GRS memberi keyakinan kepada Perdana Menteri, bagi memimpin Malaysia yang berbilang kaum ke arah kemakmuran. Justeru Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, cubaan mengambil alih kerajaan hanya menjerumuskan negara ke arah kekacauan dan menyebabkan keadaan yang tidak stabil. “Kita sudah ada sebuah Kerajaan Persekutuan yang berfungsi dengan baik dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri…
Read MoreOrang ramai diminta bertenang
PUTRAJAYA 10 Jan. – Orang ramai dinasihatkan bertenang dan tidak membuat sebarang andaian atau kesimpulan berhubung kebakaran tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham selepas diserang dengan molotov cocktail awal pagi tadi. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata orang ramai perlu memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek serta punca kejadian dan mengelak daripada mengganggu siasatan. Menurutnya, siasatan dijalankan pasukan forensik polis dan bomba juga menemui ‘molotov koktail’ dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. “Orang ramai diingatkan…
Read MoreSaya maafkan, bertaubatlah – Koo Ham
MANJUNG 10 Jan. – Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham memaafkan pihak yang terbabit membakar kereta dan rumahnya awal, pagi ini dan meminta pelaku bertaubat kerana melakukan tindakan yang membahayakan nyawa orang lain. “Saya maafkan sesiapa sahaja yang membakar kereta dan rumah saya, bahkan cuba membahayakan nyawa keluarga jika individu terbabit berbuat demikian kerana diperdaya tuduhan palsu oleh orang lain sehingga sanggup melakukan jenayah ini. “Mereka yang terpesong, bertaubatlah,” katanya sambil menasihatkan pelaku tidak diperdayakan mana-mana pihak sebaliknya hidup gembira tanpa melakukan perkara seperti itu sehingga terpaksa sembunyikan diri. Speaker…
Read MoreBomba ambil 11 sampel di rumah Koo Ham
MANJUNG 10 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil 11 sampel di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang dibaling ‘molotov cocktail’ di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini, untuk dianalisis di makmal. Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9 agensi itu, pihaknya sudah menjalankan proses forensik kebakaran di lokasi kejadian “Operasi forensik ini diketuai oleh Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Perak, Mohamed Habib Mohamed Dali. Pasukan penyiasatan mengambil 11 sampel di tempat kejadian untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut,”…
Read MoreDerma: Pas mohon penjelasan PM
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Pas meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan maksud di sebalik derma RM500 juta dan RM750 juta seperti dikongsikan dalam kenyataan di akaun media sosial semalam. Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Perdana Menteri itu, dua jam lebih awal daripada kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara telah menimbulkan keraguan termasuk isu derma. “Kenapa ditulis nilai RM500 juta dan RM750 juta? Ertinya ada maklumat khusus. Jika ada maklumat khusus, mohon PMX (Anwar) dedahkan saja. “Janganlah jadi macam isu dana judi yang dilumurkan kepada Perikatan Nasional (PN), selepas…
Read MorePejabat Ketua Pembangkang lapor polis
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Pejabat Ketua Pembangkang membuat laporan polis berhubung dakwaan dan fitnah mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dan pemimpinnya cuba merasuah Yang di-Pertuan Agong seperti tular di media sosial. Setiausaha Sulit kepada Hamzah Zainudin, Ahmad Ikhwan Fadhli, membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini. Beliau berkata laporan itu dibuat bagi membersihkan imej baik Ketua Pembangkang merangkap Setiausaha Agung PN yang terjejas kerana fitnah yang dilemparkan melalui media sosial. Justeru, beliau menggesa pihak tidak bertanggungjawab dengan sengaja mereka-reka cerita mengenai dana RM1 bilion…
Read MoreBerita pilihan…
DAP, Pas bidas serangan kediaman Koo Ham
KUALA LUMPUR 10 Jan. – DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan molotov cocktail” sehingga menyebabkan kebakaran di kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham awal pagi ini. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat. DAP yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah yang mengancam keselamatan nyawa keluarga Koo Ham. “Saya mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga…
Read MoreKediaman MP Beruas diserang molotov cocktail
SEPANG 10 Jan. – Tiga kenderaan milik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung terbabit dalam kebakaran selepas kediamannya diserang menggunakan bahan letupan, ‘molotov cocktail’ awal pagi ini. Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas itu. berkata, kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera dan turut memaklumkan akan mengadakan sidang media di Pusat Khidmat Ayer Tawar berkenaan insiden terbabit, pukul 12.30 tengah hari ini. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba Sabarodzi…
Read More