1,236 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 18 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,236 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 1,309 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 471,959.

Menurut Kementerian Kesihatan, 15 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 7,650 kematian.

Kementerian juga merekodkan 1,050 kes sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 453,259.

Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 372, diikuti Riyadh 240, Timur 213, dan Asir  115.

Jumlah kes aktif pula 11,050 dan 1,496 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment