DAP, Pas bidas serangan kediaman Koo Ham

KUALA LUMPUR 10 Jan. – DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan molotov cocktail” sehingga menyebabkan kebakaran di kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Ngeh Koo Ham awal pagi ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat.

DAP yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah yang mengancam keselamatan nyawa keluarga Koo Ham.

“Saya mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga beliau dalam kejadian keganasan tersebut.

“DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga,” katanya.

Dalam kejadian itu, kebakaran melibatkan tiga kenderaan iaitu Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux selain siling dan bumbung garaj meletak kereta.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada Koo Ham atas musibah yang dialami.

“Walau apapun perbezaan yang berlaku di dalam politik, tindakan membakar dan mengkhianati harta individu lain apa lagi melibatkan risiko kehilangan nayawa adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan menurut undang-undang yang sedia ada.,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menasihatkan semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Nnn

Related posts

Leave a Comment