KUALA LUMPUR 19 Nov. – Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Dr Loga Bala Mohan akan memangku jawatan presiden parti itu susulan kematian penyandangnya, Maglin Dennis D’Cruz, semalam. Setiausaha Agung MyPPP, Inder Singh Beant Singh berkata lantikan itu berdasarkan Perkara 9.10 perlembagaan parti itu yang menetapkan bahawa naib presiden kanan akan bertindak sebagai presiden sekiranya jawatan itu kosong. Katanya, mengikut Perkara 9.3 perlembagaan yang sama, pelantikan itu berkuat kuasa hingga perhimpunan agung diadakan bagi memilih presiden baharu. “Dengan pemergian Maglin secara mengejut pada 17 November, Loga Bala akan memegang…
Read MoreDay: November 18, 2023
Tiada pertandingan Presiden, Timbalan Presiden MIC 2024
SERDANG 18 Nov. – Perhimpunan Agung MIC ke-77, di sini, hari ini meluluskan resolusi tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun depan. Ini bermakna Presiden MIC, S A Vigneswaran dan Timbalannya, M Saravanan kekal menyandang jawatan masing-masing. Saravanan berkata resolusi itu adalah susulan usul di peringkat negeri termasuk Pahang dan Perak agar kedua-dua jawatan tidak dipertandingkan. “Resolusi kedua adalah mempertimbang pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. Kedua-dua resolusi disokong oleh 1,500 perwakilan pada persidangan yang…
Read MoreDr Sam tidak perlu letak jawatan MB
KEMAMAN 18 Nov. – Tidak perlu letak jawatan. Itu reaksi Presiden Pas Abdul Hadi Awang susulan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, yang mencabar Menteri Besar Terengganu meletak jawatan bagi memberi fokus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal ditandinginya. Presiden Pas itu berkata, tidak menjadi kesalahan bagi seseorang menteri besar atau ketua menteri menjadi ahli Parlimen pada masa yang sama. “Ada berapa menteri besar, ketua menteri jadi ahli parlimen (Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan). Saya pun pernah jadi Menteri Besar dan Ahli Parlimen, jadi ketua pembangkang, itu…
Read MoreTibi bukan wabak, masih terkawal
SERDANG 18 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penyakit tibi sentiasa ada di negara ini namun ia bukanlah wabak dan keadaannya masih terkawal, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Beliau berkata, taburan penyakit itu hanya berlaku di Lembah Klang dan orang ramai diharap tidak panik kerana penyakit tibi itu masih dalam kawalan manakala Bahagian Kesihatan Awam KKM sedang meneliti isu berkenaan. Katanya, KKM turut menyarankan orang ramai yang mengalami batuk berpanjangan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. “Perkembangan penyakit tibi boleh dirujuk melalui aplikasi MySejahtera kerana KKM sudah merekodkan…
Read MoreLima pasukan pantau kempen calon PRK
KEMAMAN 18 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan lima pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi memantau aktiviti calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, kata Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh. Beliau berkata, semua kaedah dan bahan kempen dibenarkan selagi tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan termasuk isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja. Katanya, calon yang sudah membayar deposit bahan kempen pilihan raya juga diingatkan bahawa mereka tertakluk undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT). “Ia meliputi bagi tujuan…
Read MorePRK Kemaman satu lawan satu
KEMAMAN 18 Nov. – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan saingan satu lawan satu yang melibatkan calon Pas yang akan mempertahankan kerusi itu dan BN. Pas akan diwakili Naib Presiden yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala BN diwakili Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Keputusan calon layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai pagi ini. Ahmad Samsuri diiringi pencadang, Che Alias Hamid, bekas Ahli Parlimen…
Read MoreBerita pilihan…
Konsert Coldplay melalaikan – Mufti WP
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Penganjuran Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 22 November ini disifatkan sebagai program melalaikan. Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Dr Luqman Abdullah berkata, program itu tidak memberi manfaat kepada masyarakat lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT. Justeru beliau menasihatkan orang ramai tidak memberi sokongan kepada penganjuran konsert berkenaan yang dikatakan jelas bertentangan nilai murni dan budaya di negara ini. “Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini,”…
Read More“Kami tidak meminta bulan bintang”
NEW YORK: “Kami tidak meminta bulan bintang…” Itu rayuan seorang pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memperbaharui gesaan untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza. Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffiths berkata, pertempuran perlu dihentikan bagi membolehkan orang awam bergerak dengan selamat dan bantuan sampai kepada 2.2 juta orang yang terperangkap dalam konflik berdarah antara Israel dan Palestin. “Keperluan dari sudut kemanusiaan adalah mudah. Hentikan pertempuran untuk membolehkan orang awam bergerak dengan selamat. “Kami tidak meminta bulan bintang… kami hanya meminta langkah asas yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penting penduduk awam dan…
Read More