PN gesa pengeluaran KWSP bersasar

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan sekali lagi digesa membenarkan pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum yang benar-benar memerlukan. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan berkata, permintaan itu susulan memorandum yang diterima Perikatan Nasional (PN) daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) dan pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan. “Mereka (PGIRM) meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar. Mereka menjalankan tinjauan kepada 99,335 pencarum yang menyatakan mereka terdesak dan berada dalam kesusahan yang amat memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan tujuan kecemasan. “Kita harap…

Read More

Anak Papa: Johari tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menolak tanggapan bahawa beliau tidak berlaku adil dalam membuat keputusan berhubung usul dikemukakan oleh Ahli Parlimen. Beliau tampil memberi penjelasan ketika mempengerusikan mesyuarat sesi petang ini susulan kecoh isu ‘anak papa’ pada mesyuarat pagi ini. Johari yang kecewa dengan tanggapan itu berkata, beliau dipilih di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memegang jawatan itu dan hanya menjalankan tugasnya menyelesaikan masalah rakyat, bukan untuk bermain politik. Menjelaskan situasi yang berlaku, Johari berkata, usul dikemukakan Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) kelmarin dan semalam, bukan berkaitan isu padi…

Read More

Dewan kecoh lagi, kali ini ‘Anak Papa’

KUALA LUMPUR 12 Okt. –  Gara-gara mengeluarkan istilah ‘Anak Papa’, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) diarah keluar Dewan Rakyat untuk ‘berehat’ selepas beliau enggan menarik balik perkataan itu. Dewan sebelum itu kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen kerajaan bangkit mempertikai perkataan disebut Awang. Istilah berkenaan disebut Awang ketika Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) bangkit meminta penjelasan apabila Dewan Rakyat mendahulukan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang dibawa Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), berbanding usul yang dibawa beliau sehari lebih awal. Shahidan mendakwa usulnya dihantar pada Selasa sedangkan Dr Mohammed Taufiq…

Read More

Keluarga Nurul Ain Haron selamat

SEPANG 12 Okt. – Wanita warga Malaysia, Nurul Ain Haron yang kini berada dalam wilayah konflik, memaklumkan beliau dan keluarganya selamat dalam serangan terbaru tentera Israel di Gaza, Palestin. Bagaimanapun menerusi perkongsian video di Facebook peribadinya, beliau berkata penduduk Gaza kini terputus bekalan air dan elektrik, dan terpaksa mencari sumber lain demi kelangsungan hidup mereka di wilayah terkepung itu. Katanya, keluarga beliau kini terpaksa mengambil air dari tangki yang terbiar dan menggunakan bateri kereta sebagai sumber tenaga untuk mendapatkan liputan internet. Dalam perkongsian melalui Facebooknya, Nurul Ain mengakui tidak cukup…

Read More

Walid berterima kasih kepada Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Okt. –  Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan awal RM1 juta daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi meringankan beban ditanggung penduduk negara itu susulan pergolakan yang berlaku. Sumbangan itu diserahkan Menteri Luar, Dr Zambry Abd Kadir kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di lobi Parlimen hari ini. Walid ketika sidang media selepas penyerahan sumbangan itu berterima kasih kepada Malaysia atas sokongan teguh tidak berbelah bahagi terhadap rakyat wilayah itu susulan konflik terkini di Semenanjung Gaza. Beliau berkata, sokongan berterusan Malaysia buat rakyat Palestin bukan…

Read More

Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusiaan

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia bertegas bahawa rejim Israel tidak berhak menyekat segala bentuk saluran bantuan kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk Palestin. Beliau berkata, mengambil kira situasi kritikal masa kini, Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan antarabangsa segera menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti bekalan asas dan perubatan. Beliau dalam masa sama menyatakan, Malaysia amat kecewa dengan tindakan berat sebelah dalam menangani isu konflik Israel dan Palestin. “Tatkala pihak Barat sepantas kilat mengambil tindakan dan membantu Kiev dalam mempertahankan diri dari pencerobohan…

Read More

MYAirline gantung operasi

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Selepas hampir setahun ‘terbang’, syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak. Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan tekanan kewangan menyebabkan operasi perlu digantung, sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat. “Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi. Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal…

Read More

Usaha bawa keluar rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Wisma Putra sedang menyelaras proses evakuasi bagi membawa pulang seorang doktor rakyat Malaysia yang kini berada di Semenanjung Gaza di Palestin, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata, tindakan membawa keluar Dr Nurul Ain Latif itu sedang dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Filipina di sana. Katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Amman sudah dapat menghubungi Dr Nurul Ain yang berasal dari Kota Bharu dan berkahwin dengan warga Palestin. “Keadaan mereka (Dr Nurul Ain) berada di tempat selamat. Sehingga kini, kita mendapat kerjasama kedutaan…

Read More

Dua kawasan IPU tidak sihat

SEPANG : Dua kawasan di Johor iaitu Batu Pahat dan Larkin merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini. Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar,  Batu Pahat mencatatkan bacaan IPU 155 dan Larkin 122. Sementara itu, 48 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100), manakala 18 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50. Untuk rekod, bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak…

Read More

Jenayah kemanusiaan, penghinaan terhadap umat Islam

SEPANG 12 Okt. – Situasi yang berlaku di Palestin kini amat melampau dan ia bukan sahaja penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia tetapi juga menghina nilai kemanusiaan, kata bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein. “Kita mesti jelas, apa yang berlaku tidak lain tidak bukan merupakan satu jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook, semalam. Pada masa yang sama, beliau berkata tindakan sesetengah negara yang membela Israel menyerang rakyat Palestin dengan alasan mahu mempertahankan diri adalah satu penghinaan kepada negara itu. “Adalah satu penghinaan apabila sesetengah negara bercakap…

Read More