Dua kawasan IPU tidak sihat

SEPANG : Dua kawasan di Johor iaitu Batu Pahat dan Larkin merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar,  Batu Pahat mencatatkan bacaan IPU 155 dan Larkin 122.

Sementara itu, 48 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100), manakala 18 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Untuk rekod, bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Related posts

Leave a Comment