Tidak aman tanpa Palestin merdeka

AMMAN:  Keamanan tidak boleh dicapai di Asia Barat tanpa kemunculan sebuah negara Palestin yang merdeka bersama Israel, titah Raja Jordan Raja Abdullah. Baginda bertitah, keganasan terbaru menunjukkan wilayah itu tidak akan ‘menikmati kestabilan, keselamatan atau keamanan’, tanpa negara Palestin yang berdaulat di atas tanah yang ditawan Israel dalam perang Arab-Israel 1967. Dalam ucapan pembukaan sidang parlimen, baginda bertitah, pilihan yang ada adalah penyelesaian membabitkan dua negara. “Wilayah kita tidak akan pernah aman atau stabil tanpa mencapai keamanan adil dan menyeluruh berdasarkan penyelesaian dua negara. Palestin sepatutnya merdeka dan berdaulat, pada…

Read More

Lebih 5,000 mahu kembali ke Thailand

BANGKOK: Lebih 5,000 rakyat Thailand memohon untuk dihantar pulang berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak. Menurut jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke,  sejumlah 5,174 warga Thailand mendaftar untuk pulang secara sukarela, manakala 64 lagi menyatakan hasrat untuk kekal di Israel. Bercakap pada sidang media, beliau memberitahu, beratus-ratus orang awam, termasuk warga Thailand, dipindahkan ke zon selamat sama ada tinggal di pusat perlindungan sementara atau bekerja sementara di ladang pertanian. Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian. Kanchana berkata RTE di Tel Aviv membuat pelarasan dengan syarikat…

Read More

Pelaburan juruaudit hampir RM1.49 juta lesap

NIBONG TEBAL 11 Okt. – Sejumlah wang hampir RM1.49 juta milik juruaudit sebuah syarikat di Sungai Bakap, di sini lesap dalam sekelip mata selepas wanita itu terpedaya dengan iklan berkaitan pelaburan mata wang kripto yang berpangkalan di New York. Mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 43 tahun itu ditipu sindiket pelaburan berkenaan yang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam, berkata kejadian bermula pada 2 Mei lalu ketika mangsa melihat iklan pelaburan berkenaan ketika melayari laman sosial Facebook (FB) sehingga menarik minatnya untuk mengetahui perkara…

Read More

Wartawan mangsa serangan Israel

GAZA: Media Palestin melaporkan sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang selepas serangan udara Israel ke atas Gaza. Di samping itu , rumah tiga wartawan musnah dan sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara. Kementerian Kesihatan pula memaklumkan kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 dan 5,000 orang cedera apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial. Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu. Sementara itu Facebook Muslim Care Malaysia Society…

Read More

SPR bincang PRK Kemaman 17 Oktober

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Dewan Rakyat telah menerima pemakluman kekosongan kerusi Parlimen Kemaman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul. Susulan itu, Johari dalam satu kenyataan, berkata, SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan berkenaan. “Dimaklumkan bahawa saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat bertarikh 11 Oktober 2023 daripada Pengerusi SPR yang memaklumkan telah berlaku kekosongan luar jangka bagi Parlimen Kemaman. “Sehubungan dengan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari dari…

Read More

Pasukan khas rancakkan kerjasama Malaysia-Thailand

PUTRAJAYA 11 Okt. –  Malaysia dan Thailand bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi merancakkan lagi kerjasama dua hala dalam sektor pertanian, pelancongan, perdagangan, perniagaan termasuk halal serta keselamatan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya, Srettha Thavisin di sini hari ini. Anwar berkata mesyuarat bilateral antara beliau dan Srettha, bersetuju kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan semula dalam tempoh sebulan bagi menilai dan melihat perkembangan pasukan petugas berkenaan. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat itu, Anwar berkata, laporan berkaitan pasukan petugas itu perlu disiapkan…

Read More

Tarik balik ‘posting’ dalam tempoh 24 jam

ALOR SETAR 11 Okt. – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, memberi tempoh 24 jam kepada media massa dan pemilik akaun media sosial memadam ‘posting’ yang memberi gambaran seolah-olah Kerajaan Kedah terlibat skandal beras tempatan bernilai RM100 juta. “Dalam tempoh 24 jam, sekiranya posting itu tidak ditarik balik atau dipadam, kita akan arahkan pasukan peguam memburu semua pemilik akaun itu untuk kita ambil tindakan mahkamah,” katanya. Arahan itu termasuk kepada akhbar-akhbar yang membuat laporan tergantung, memberi gambaran yang salah kepada orang ramai termasuk kepada wartawan-wartawan yang menulis berita itu dan…

Read More

Perlis boleh teroka projek tenaga solar

KANGAR 11 Okt. – Perlis masih mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi  di negeri itu termasuk melibatkan projek tenaga solar besar-besaran, kata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, disebabkan cuaca di Perlis panas, sudah tentu sesuai diadakan projek tenaga solar besar-besaran. Penasihat SG4 itu, berkata,  empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) atau ‘State-Goverment 4’ (SG4), Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, itu mampu meningkat kegiatan ekonomi dan pelaburan dengan memanfaatkan sumber dan aset mengikut bidang kuasa negeri masing-masing. “Sebenarnya negeri ini (Perlis) punyai kelebihan…

Read More