Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Lebih 5,000 individu termasuk Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang, pemimpin parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara, hari ini. Pada himpunan itu, pemimpin politik kerajaan dan pembangkang duduk sepentas bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin. Antara yang hadir dan memberi ucapan ialah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Mohamad Sabu. Turut serta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Ketua…

Read More

Sokong penuh kepemimpinan PN

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Ahli-Ahli Parlimen Bersatu membuat ketetapan untuk kekal istiqamah berdiri teguh menyokong penuh kepemimpinan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya  Hamzah Zainudin. Dalam satu kenyataan, Hamzah berkata, Bersatu juga pada masa yang sama mengutuk keras tindakan intimidasi serta penyalahgunaan kuasa terhadap mana-mana ahli Parlimen. Terdahulu satu pertemuan khas Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin bersama Ahli-ahli Parlimen Bersatu diadakan di sini pagi ini. Difahamkan pertemuan itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mulai semalam.  

Read More

Batu Pahat kekal IPU tidak sihat

SEPANG 13 Okt. – Stesen Batu Pahat, Johor masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan 152 berbanding 155 semalam. Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) 10 pagi ini, IPU tidak sihat juga direkodkan di Alor Gajah, Melaka iaitu 151. Sementara itu, 19 stesen di Semenanjung merekodkan IPU pada tahap baik apabila mencatatkan bacaan di bawah 50. Antaranya Kangar (21), Langkawi (30), Sungai Petani (45), Besut (35) dan Indera Mahkota Kuantan (48). Bagi Sabah dan Sarawak, 11 stesen mencatatkan…

Read More

Had umur presiden, timbalan diumum Isnin

JAKARTA: Sembilan hakim Perlembagaan akan menghadiri sidang Isnin ini bagi membacakan keputusan semakan kehakiman berhubung had umur minimum calon presiden dan timbalan presiden dalam pilihan raya yang dijadualkan Februari 2024. Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Anwar Usman, mengesahkan keputusan semakan kehakiman berhubung perkara itu sudah dibuat. Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan wartawan mengenai semakan yang dijadualkan untuk menurunkan had umur calon presiden dan timbalannya yang bakal dibacakan oleh mahkamah pada Isnin. “Kelmarin sudah diputuskan. Insya-Allah jika tiada halangan, sembilan hakim Perlembagaan akan menghadiri sidang bagi membacakan keputusannya…

Read More

ICRC runding bebas tebusan

GENEVA: Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sedang berunding dengan Hamas dan Israel bagi memudahkan urusan pembebasan tebusan yang dibawa masuk ke Gaza, kata Pengarah ICRC Wilayah Asia Barat, Fabrizio Carboni. “Sebagai perantara neutral, kita bersedia melakukan lawatan kemanusiaan, memudahkan komunikasi antara tebusan dan ahli keluarga serta memudahkan sebarang urusan pembebasan,” katanya dalam kenyataan. Sekurang-kurangnya 150 rakyat Israel dan warga asing, termasuk askar, orang awam, kanak-kanak dan wanita – dijadikan tebusan di Semenanjung Gaza sejak serangan mengejut Hamas ke atas Israel, Sabtu lalu. Bercakap pada taklimat akhbar, Fabrizio berkata, ICRC sentiasa…

Read More

Dr Suzana pangku tugas Naib Canselor UiTM

SHAH ALAM 12 Okt. – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datin Dr Suzana Sulaiman akan menjalankan tugas naib canselor universiti itu berkuatkuasa hari ini. Pendaftar UiTM, Muhamad Nizam Noordin berkata pelantikan itu susulan persaraan penyandangnya, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor bermula hari ini. Roziah yang berkhidmat di universiti itu selama 33 tahun memegang jawatan berkenaan sejak Ogos 2021, dan merupakan wanita pertama dilantik menjadi Naib Canselor UiTM. Sebelum naib canselor baharu dilantik, terdapat tatacara yang akan diikuti daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula…

Read More

Israel sebenarnya negara pengganas, bukan Hamas

PUTRAJAYA 12 Okt. –  Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan negara Barat dan Amerika Syarikat (AS) yang membisu apabila Israel melakukan jenayah perang malahan memberi sokongan dengan membekalkan senjata kepada rejim itu. Bekas perdana menteri itu berkata, lebih 70 tahun Israel dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti, dengan hampir setiap hari, mereka membunuh orang Palestin dengan alasan yang dibunuh itu adalah pengganas. “Siapa yang tentukan orang Palestin yang dibunuh ialah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah? Jika kita renung kembali, Israel…

Read More

125,000 penumpang MYAirline terjejas

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seramai 125,000 penumpang terjejas selepas syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline menggantung operasi mulai pagi ini, kata UMenteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata langkah sangat tidak bertanggungjawab oleh syarikat itu sudah mengakibatkan kerugian kira-kira RM20 juta yang ditanggung oleh penumpang, berdasarkan jualan tiket penerbangan syarikat terbabit. Katanya, nilai itu membabitkan hasil jualan tiket penumpang yang membuat tempahan penerbangan MYAirline sehingga Mac depan. “MYAirline memberi jaminan untuk menunaikan kewajipan mereka kepada pengguna terjejss dan membuat bayaran balik kepada penumpang,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini…

Read More