PUTRAJAYA 28 Sept. – Kepakaran dalam Braille membantu Zamzuri Ghani, penerima anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini menyebarkan syiar Islam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negara ini. Beliau yang juga OKU penglihatan aktif dalam penerbitan dan pengedaran al-Quran Braille dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Braille, selain menganjurkan kelas pengajian al-Quran Braille serta fardu ain. Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berusia 48 tahun itu turut terbabit dalam mewujudkan 58 bahan bacaan Islamiah kepada OKU penglihatan. Pengurus Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) itu menyediakan buku teks…
Read MoreMonth: September 2023
Contohi akhlak Rasulullah SAW dalam berbicara
PUTRAJAYA 28 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak rakyat mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam membicarakan kebenaran serta menjauhi fitnah, kata dusta dan pembohongan. Baginda bertitah, keperibadian Rasulullah sebagai insan mulia dan seorang pemimpin amat terserlah selain memiliki sifat tawaduk yang tinggi dan tidak suka dipuja. “Setiap baris tutur kata baginda disulami dengan penuh kesantunan dan memancarkan keperibadian mulia, serta rasa hormat kepada teman bicara dan tidak pernah menuturkan tipu daya, apatah lagi nista kepada pengikut mahu pun penentangnya. “Justeru, marilah kita menerapkan akhlak mulia…
Read MoreTaib Mahmud muncul selepas cuti rehat
KUCHING 28 Sept. – Selepas lebih dua bulan bercuti rehat susulan rawatan di luar negara, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud tampil di khalayak pagi ini bagi menyertai rakyat pada perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri. Ini merupakan kemunculan pertama sejak dilaprkan sakit ketika berada di luar negara dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Beliau bersama isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir di Padang Merdeka di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi bagi menyertai rakyat Sarawak pada perhimpunan dan perarakan melibatkan lebih 10,000 orang. Hadir sama, Premier Sarawak,…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 28.09.2023
Tiada keperluan rombak Exco Johor
ISKANDAR PUTERI 27 Sept. – Tiada keperluan untuk Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat pada ketika ini, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) ditubuhkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Katanya, ketika ini, Johor mempunyai hubungan kerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim. Beliau juga secara peribadi selalu berhubung dengan Perdana Menteri, dalam menangani pelbagai isu bagi membantu rakyat Johor walaupun ini kerajaan BN. “Namun kita tetap berlaku adil…
Read MoreSanusi tolak bertanding Naib Presiden Pas
ALOR SETAR 27 Sept. – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas dan Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor menolak untuk dicalonkan sebagai Naib Presiden Pas pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan ke-69 parti itu bulan depan. Menteri Besar Kedah itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berasakan belum layak untuk memegang jawatan berkenaan. Muhammad Sanusi berkata, beliau sudah dua kali menolak pencalonan bagi jawatan Naib Presiden itu sebaliknya hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat. “Dalam Pas kualiti untuk pimpin parti dan sektor lain berbeza cirinya. Jadi calon menang…
Read MoreBeras: Akmal pertahan tindakan terjah
JASIN 27 Sept. – Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah, lebih baik diam daripada bercakap. Nampak sangat kurang cerdik,” itu reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Beliau tidak peduli sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya turun padang bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan ketika ini. “Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan tauke besar. I don’t care! (Saya tidak peduli),” katanya yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dalam satu kenyataan. Dr Muhamad Akmal yang juga…
Read MoreDr Noor Hisham Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
SEPANG 27 Sept. – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI, berkuat kuasa 1 Oktober ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI Prof Dr Siti Hamisah Tapsir. Beliau berkata Dr Noor Hisham akan bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, di Port Dickson, Negeri Sembilan dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI. Dalam kenyataannya, beliau berkata, Dr Noor Hisham akan berkhidmat sebagai Pakar Perunding Bedah (pelawat) dalam bidang payudara, endokrin dan pembedahan am. Dr Noor Hisham juga dilantik sebagai Profesor Adjung…
Read MoreKhairy setuju hapus pencen ganti KWSP
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan zaman pencen sudah berlalu dan setuju dengan cadangan membatalkan pencen Ahli Parlimen dan ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pada masa yang sama, bekas Menteri Kesihatan itu juga mencadangkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara. “Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara. “Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi.…
Read More“Mailah tengok, cepat baiki Rumah P.Ramlee”
TANJONG 27 Sept. – Pihak-pihak berkenaan digesa supaya segera memperbaiki kerosakan struktur bumbung rumah kelahiran Seniman Agung P Ramlee di Jalan P Ramlee di sini yang hampir roboh. Senator Dr Rais Yatim menerusi hantaran di laman Facebooknya, semalam, mendedahkan kerosakan itu dikesannya semasa berkunjung ke rumah berkenaan selepas menghadiri seminar Rukun Negara dan Perlembagaan. “Betul-betul terkejut bila mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung kita ini hampir roboh lantaran kebocoran yang berlarutan. “Saya ambil peluang ini mohon supaya jabatan yang bertauliah supaya segera lalukan kerja pembaikan. Keadaannya amat menyedihkan,…
Read More