“Mailah tengok, cepat baiki Rumah P.Ramlee”

TANJONG 27 Sept. –  Pihak-pihak berkenaan digesa supaya segera memperbaiki kerosakan struktur bumbung rumah kelahiran Seniman Agung P Ramlee di Jalan P Ramlee di sini yang hampir roboh.

Senator  Dr Rais Yatim menerusi hantaran di laman Facebooknya, semalam, mendedahkan kerosakan itu dikesannya semasa berkunjung ke rumah berkenaan selepas menghadiri seminar Rukun Negara dan Perlembagaan.

“Betul-betul terkejut bila mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung kita ini hampir roboh lantaran kebocoran yang berlarutan.

“Saya ambil peluang ini mohon supaya jabatan yang bertauliah supaya segera lalukan kerja pembaikan. Keadaannya amat menyedihkan, apatah lagi ini rumah P Ramlee, seniman idola kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Menurut Rais, penjaga rumah warisan itu mendakwa sudah mengemukakan laporan berhubung kerosakan pada tahun lalu.

“Tentu sekali roh ‘Ramlee’ akan menangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar dan saya taksir kerosakan ini tidak lebih daripada RM15,000.

” Wahai ketua jabatan, mailah (datanglah) tengok, cepat baiki,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment