KUALA LUMPUR 29 Sept . – Sebanyak 10 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200, setakat pukul 3 petang, hari ini. Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaannya 154, diikuti di Kuala Selangor (Selangor) 153, sementara di Petaling Jaya, Selangor dan Batu Muda (Kuala Lumpur) masing-masing merekodkan IPU 152. Dua lagi kawasan di Selangor yang turut dilanda jerebu adalah Shah…
Read MoreMonth: September 2023
Lima jawatan utama Pas menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Lima jawatan tertinggi Pas dimenangi tanpa bertanding apabila tiada pemimpin lain yang dicalonkan untuk mencabar kedudukan penyandang presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden menarik diri. “Saya baharu menerima pengesahan seorang calon (naib presiden) menarik diri iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Jadi untuk jawatan naib presiden tiada apa-apa pertandingan. “Ini bermakna barisan naib presiden sedia…
Read MoreBerita pilihan…
2.5 juta dijangka terima bayaran tambahan
SINGAPURA 29 Sept. – Sebanyak 2.5 juta rakyat Singapura akan menerima bayaran tunai tambahan sehingga $200 pada Disember ini, iaitu tambahan daripada bayaran tunai Pakej Jaminan (AP) yang diumumkan semasa Belanjawan 2023. Bayaran ini adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Kos Sara Hidup sebanyak $1.1 bilion yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, semalam. Secara keseluruhan, di bawah pakej itu, isi rumah Singapura yang mempunyai pendapatan dinilai (AI) tidak melebihi $34,000, boleh mendapat bayaran tunai sehingga $800 pada Disember 2023. Menurut Wong, langkah itu adalah senahagian daripada usaha kerajaan membantu…
Read MoreRampasan dadah terbesar di Thailand
BANGKOK 29 Sept. – Polis Thailand merampas lebih 15 juta pil methamphetamine dan produk haram lain bernilai 300 juta baht (RM38.42juta) yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai satu tangkapan dadah terbesar setakat tahun ini. Rampasan termasuk 420 kilogram dadah kristal methamphetamine serta heroin itu dilakukan di sebuah rumah di wilayah Nakhon Pathom, utara ibu kota Bangkok. Menurut Menteri Keadilan Tawee Sodsong, susulan rampasan itu, polis menahan empat orang yang dikaitkan dengan kes itu. “Ini adalah salah satu tempat penyimpanan dadah terbesar di tengah Thailand yang berada di kawasan komuniti,” kata…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 29.09.2023
Pelan komprehensif atasi bekalan beras – Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengemukakan suatu pelan komprehensif dalam mengatasi masalah bekalan beras tempatan serta untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mempunyai makanan di atas meja. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini termasuk penguatkuasaan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi memastikan tidak ada pihak memanipulasi rantaian bekalan beras tempatan, menambah stockpile beras negara dan meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara. Katanya , tindakan secara ad-hoc seperti yang diambil pada masa ini tidak memadai untuk menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi dan boleh dibeli pada harga yang berpatutan oleh rakyat.…
Read MoreGardenia KL diminta jelaskan kenaikan
KUANTAN: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) diberi notis untuk menjelaskan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Oktober ini. Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh, berkata syarikat berkenaan perlu menjawab notis itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat. Katanya, pihak Gardenia perlu menjawab notis yang dihantar semalam dalam tempoh enam hari. “Kita hendak tahu semua kos terlibat, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit.…
Read MoreBernas beri jaminan beras putih cukup
KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini, tanpa perlu menggunakan bekalan stok penimbal. Bernas dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya telah menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu. Menerusi langkah itu, syarikat terbabit berkata, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lalu. “Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi. Namun demikian, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga…
Read MoreBersatu hati bangunkan negeri
KUALA NERUS 28 Sept. – Semua pihak termasuk rakyat perlu bersatu hati dan mengeratkan genggaman untuk bersama membangunkan negeri, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda bertitah, perpaduan sesama rakyat juga hendaklah ditingkatkan dengan mengikuti dan menelusuri sirah Baginda dan sahabat dalam mengamalkan segala tunjuk ajar dan perintahnya. Menurut Sultan Mizan, banyak contoh teladan yang boleh diikuti daripada sirah Rasulullah, terutama berkaitan akhlak Baginda. “Jaga keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama, justeru kasih sayang dan sikap toleransi seharusnya dipupuk dan disemai di samping memangkin usaha…
Read More