KUALA LUMPUR 27 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, di sini malam tadi. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim). Hadir sama pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim) adalah Naib Presiden Persekutuan Persatuan Keturunan Lim Malaysia Lim Hock San. Menurut kenyataan Istana Negara, turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang…
Read MoreMonth: September 2023
Berita pilihan…
Howard: Kertas siasatan akan dirujuk ke AG
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merakam percakapan Howard Lee Chuan How bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina agama Islam dengan mentafsir sendiri ayat al-Quran. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata rakaman percakapan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu diambil pada pukul 3 petang di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Beliau berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…
Read MoreMedia sosial hanya promosi, tiada transaksi.
JAKARTA: Indonesia memperkenalkan peraturan baharu yang melarang media sosial dijadikan platform transaksi perdagangan sosial sebaliknya hanya dibenarkan mempromosikan barangan atau perkhidmatan. Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan, berkata platform media sosial tidak dibenarkan menjadi platform untuk transaksi perdagangan atau pembayaran langsung. “Media sosial hanya boleh mempermudahkan promosi barangan atau perkhidmatan dan tidak boleh (memudahkan) transaksi langsung dan pembayaran terus, (jadi) tidak boleh lagi, hanya boleh promosi,” katanya pada Isnin. Hasan berkata televisyen, media sosial atau platform media digital lain hanya boleh menjadi tempat untuk mempromosikan produk dan bukan sebagai platform untuk transaksi.…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 27.09.2023
Howard Lee mohon maaf isu ‘tafsir’ al-Quran
IPOH 26 Sept. – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee, hari ini tampil memohon maaf selepas lebih seminggu menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak kerana memetik ayat al-Quran dalam konteks politik. Beliau tampil memohon maaf menerusi sidang media di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan, di sini petang ini selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pukul 2 petang. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya…
Read MoreJulai daftar 38,092 pemilih secara automatik
PUTRAJAYA 26 Sept. – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai 2023 (DPT BLN7/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini, mengandungi 38,092 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini, berkata senarai itu juga meliputi 12,360 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,416 orang lagi bertukar status/kategori pengundi. Katanya, DPT BLN7/2023 kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 25 Oktober 2023. “SPR menyeru kepada warganegara yang berumur…
Read MoreBeras: Akmal terjah, beri amaran kepada kilang
SEPANG 26 Sept. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh tidak akan berkompromi dengan mana-mana kartel yang ingin mengaut keuntungan besar ketika rakyat sedang susah untuk mendapatkan beras tempatan. Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco kerajaan Melaka itu berkata, pihaknya akan menjejak sehingg ke ‘hujungnya ’ semua pengilang, pengedar, dan peruncit terutama di Melaka. Dalam kenyataan memlaui video yang dimuatnaik hari ini, beliau berkata, inilah masanya untuk membantu rakyat yang ketika ini sedang susah. Katanya, mulai Sabtu ini, setiap minggu kerajaan negeri bersama FAMA akan mengadakan…
Read MorePengerusi Amanah Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN 26 Sept. – Jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kekal kepada Amanah selepas Pengerusi Amanah Negeri, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman mengangkat sumpah untuk jawatan itu.. Nama MK Ibrahim dicadangkan Menteri Besar, Aminuddin Harun pada majlis angkat sumpah 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Persidangan Pertama (Khas) Penggal Ke-15 di Bangunan DUN Negeri Sembilan, di sini. Cadangan itu disokong ADUN Pertang, Jalaluddin Alias yang juga Exco Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos…
Read More‘Ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan’
PUTRAJAYA 26 Sept. – “Ini soal hak asasi manusia dan saya rasa mereka perlu terus diberi izin untuk membeli beras di negara ini, termasuk beras tempatan,”. Demikian penegasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Mohamad Sabu, berhubung cadangan supaya kerajaan melarang penjualan beras putih tempatan (BPT) kepada warga asing. Katanya, semua pihak tidak perlu gopoh mengeluarkan kenyataan dan cadangan seumpama itu kerana ia membabitkan hak kemanusiaan. “Bagi saya ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan dan dalam suasana begini, jangan kita gopoh (keluar cadangan) sebab kalau rakyat kita berada di…
Read More