BN beri laluan Amanah pertahan Pulai, Simpang Jeram

KUALA LUMPUR 3 Ogos –  Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada Amanah bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor pada 9 September ini. Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN menghormati dan memberi laluan kepada Amanah yang berhak untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi Allahyarham  Salahuddin Ayub pada pilihan raya lalu. “Kita amat menghormati kebersamaan Amanah sebagai rakan kongsi politik dalam Kerajaan Perpaduan. Kita tahu bahawa kerusi Parlimen itu hak Amanah, iaitu rakan kongsi politik kita dalam Kerajaan Madani. “Maka kita…

Read More

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu dipercayai akibat jangkitan. Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan, bagaimanapun memaklumkan kehadiran Mahathir di IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan biasa. Sebelum ini sebuah portal melaporkan kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam keadaan membimbangkan, namun sumber yang dipetik berkata pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi IJN. Terdahulu tular di media sosial Mahatir sedang kritikal dan dirawat di IJN. Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada…

Read More

Malaysia-Brunei kukuh kerjasama

PUTRAJAYA 3 Ogos – Malaysia dan Brunei bersetuju memperkukuhkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) di Putrajaya hari ini. Turut dimeterai sempena lawatan negara Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selama tiga hari ke Malaysia itu ialah perjanjian triti berkaitan Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP). Pertukaran MoU dan perjanjian triti itu berlangsung di Seri Perdana di sini yang disaksikan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei. MoU membabitkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan ditandatangani oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, serta…

Read More

Penjawat awam Melaka dapat RM300

MELAKA 3 Ogos –  Kerajaan negeri Melaka mengumumkan bayaran khas sebanyak RM300 kepada penjawat awam negeri yang dijangka dibayar menjelang 10 Ogos ini. Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata Bantuan Khas Penghargaan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2.16 juta yang memberi manfaat kepada 7,190 penjawat awam di negeri itu. Katanya , bantuan itu melibatkan penjawat awam di bawah perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. Beliau berkata, Bantuan Khas Penghargaan itu adalah selaras dengan pengumuman bantuan oleh kerajaan Persekutuan pada 27 Julai lalu. “Bayaran ini membuktikan kerajaan…

Read More

MIRA, IMAN sertai PN

MIRA, IMAN sertai PN KUALA BERANG 3 Ogos – Perikatan Nasional (PN) menerima dua rakan baru yang mewakili masyarakat India iaitu Parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) ke dalam gabungan berkenaan. Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin, berkata Majlis Tertinggi PN, sudah meluluskan penyertaan dua parti berkenaan dan beliau akan membuat penyerahan penyertaan kedua parti tersebut. Katanya, kaum India sebenarnya banyak parti dalam Malaysia, MIC mungkin parti terbesar untuk kaum India tapi sebenarnya banyak parti yang lain yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran…

Read More

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram 9 Sept.

PUTRAJAYA 3 Ogos –  Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ditetapkan pada 9 September ini dengan 26 Ogos sebagai hari penamaan calon. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 5 September ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari bermula 26 Ogos 2023 sehingga 11.59 malam, 8 September 2023 Bercakap pada sidang media hari ini, Abdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang…

Read More

PN Kedah tawar 17 perkara manifesto PRN

JITRA 3 Ogos – Perikatan Nasional (PN) Kedah menawarkan 17 perkara untuk dilaksanakan dalam manifestonya jika gabungan tersebut terus diberi mandat oleh rakyat bagi mentadbir negeri ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hujung minggu depan. Manifesto itu dilancarkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada Program Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, Jitra, dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor. Tawaran pertama dalam manifesto tersebut adalah memperteguh tadbir urus negeri yang profesional dan berintegriti, dengan menekankan keadilan serta kesejahteraan semua…

Read More

Andalusia kongsi keuntungan bersama asnaf

SEPANG 3 Ogos – Langkah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd melaksanakan Program Umrah Asnaf adalah sebagai tanda kesyukuran syarikat berkongsi keuntungan dengan golongan yang tidak berkemampuan untuk menunaikan umrah. Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel, Md. Daud Che Ngah berkata pihaknya bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya mewujudkan program yang dapat membantu masyarakat termasuk umrah. Beliau berharap melalui program ini, golongan asnaf juga berpeluang menunaikan umrah seperti orang lain yang berkemampuan. Md Daud berkata demikian pada majlis mengucapkan selamat berangkat kepada 84 orang asnaf serta petugas yang akan mengiringi jemaah Program Umrah…

Read More

Tok Mat cuti kempen tiga hari

SEPANG 3 Ogos –  Timbalan Presiden UMNO,  Mohamad Hasan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari selepas disahkan influenza dengan mengalami batuk dan demam. Menerusi rakaman video di laman sosialnya, Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat itu berkata doktor menasihatkannya untuk tidak keluar dalam tempoh berkenaan kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain. “Kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau serta pengundi di seluruh Negeri Sembilan saya minta maaf tidak dapat bersama dalam masa dua tiga hari ini. “Saya dijangkiti influenza, batuk teruk dan demam jadi doktor nasihatkan untuk…

Read More