Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Selasa lalu dipercayai akibat jangkitan.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan, bagaimanapun memaklumkan kehadiran Mahathir di IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan biasa.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam keadaan membimbangkan, namun sumber yang dipetik berkata pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi IJN.

Terdahulu tular di media sosial Mahatir sedang kritikal dan dirawat di IJN.

Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari tahun lalu selepas menjalani prosedur perubatan elektif.

(Foto Dr Mahathir Mohamad meneliti beberapa dokumen semasa di IJN)

Related posts

Leave a Comment