7,733 kes harian Filipina

MANILA 7 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,733 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,087,885.

Sehingga pukul 4 petang ini, 108 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 18,099 kematian.

Sementara itu, lebih 1 juta pesakit dilaporkan sembuh selepas 4,227 lagi pesakit pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,003,160 atau 92.2 peratus.

Kes aktif pula 66,626.

Related posts

Leave a Comment