DAP susun semula ‘Setia’

KUALA LUMPUR 31 Ogos – DAP menyusun semula lagu ‘Setia’ hasil ciptaan Allahyarham Mohamed Rahmat untuk menyampaikan mesej sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berkata, beliau menugaskan komposer tempatan untuk menyusun semula lagu berkenaan dengan tajuk baharu iaitu ‘Kitalah Malaysia – Setia’ dengan bantuan beberapa ahli parlimen DAP. Mereka adalah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman. “Lagu ‘Setia’ yang dicipta oleh Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat tetap menjadi kegemaran peribadi…

Read More

Seri Paduka santuni rakyat pada Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyantuni rakyat pelbagai kaum yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini. Baginda berdua dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa hampir sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung. Pasangan diraja itu juga dilihat berpimpin tangan dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang dimainkan di lokasi sambutan itu, ketika berjalan di pekarangan dataran sejurus acara sambutan selesai. Al-Sultan Abdullah…

Read More

PM harap semangat merdeka diperkukuh

KUALA LUMPUR 31 Ogos –  Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023, termasuk orang ramai yang membanjiri Dataran Putrajaya, hari ini. Perdana Menteri menerusi catatan di laman Facebook, berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat. “Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar,” menurut catatan itu. Dalam catatan berbeza, Perdana Menteri yang menyifatkan sambutan kali ini…

Read More

Perbarisan tarik perhatian 100,000 pengunjung

PUTRAJAYA 31 Ogos –  Lebih 100,000 pengunjung menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ada juga orang awam yang mula berkumpul selepas Maghrib semalam kerana teruja untuk melihat sendiri acara gilang-gemilang itu. “Ada yang datang dari Kedah, Perak dan jauh lagi untuk melihat sendiri sambutan besar-besaran ini,” katanya pada sidang media selepas sambutan itu di Pusat Media di sini hari ini. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan…

Read More

Malaysia akan hantar nota bantahan

PUTRAJAYA 31 Ogos –  Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada China susulan tuntutan negara berkenaan di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023‘, yang meliputi kawasan maritim Malaysia. Menteri Luar,  Dr Zambry Abdul Kadir, berkata nota bantahan itu adalah tindakan lanjut yang akan dibuat selain menegaskan perkara itu menjadi amalan Malaysia dalam sebarang pertikaian. “Wisma Putra sudah mengeluarkan kenyataan (semalam) dan amalan kita, kita akan buat nota bantahan itu kerana itu sudah menjadi amalan kita. “Jadi, berdasarkan kenyataan yang sudah kita buat, kita akan ambil tindakan…

Read More

Persiapan rosak akibat ribut tidak jejas sambutan

IPOH 31 Ogos –  Walaupun pelbagai persiapan mengalami kerosakan serius akibat kejadian ribut petang semalam, sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini tetap berlangsung dengan meriah.. Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menghadiri majlis sambutan itu kira-kira pukul 8.22 pagi. Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah. Hadir sama, Menteri Besar  Saarani Mohamad,…

Read More

Persefahaman gagal akibat pertembungan prinsip

KUALA LUMPUR 31 Ogos –  Kengganan Pas bekerjasama dengan DAP atau kenapa DAP menolak Pas adalah disebabkan pertembungan prinsip diperjuangkan masing-masing iaitu Islam sebagai al-din dan ‘Malaysian Malaysia’. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata Pas tidak pernah berganjak daripada prinsip Islam sebagai al-din, bukannya konsep agama yang difahami mengikut takrif sekularisme. Beliau berkata,  prinsip berkenaan antara lain mewajibkan Islam memiliki kedudukan berdaulat, bukannya konsep pemisahan dengan agama atau ‘Malaysian Malaysia’ yang berperanan menghapuskan rupa bangsa. Menurut Abdul Hadi, pertembungan berkenaan menyebabkan DAP keluar atau memaksa Pas untuk keluar daripada persefahaman…

Read More

Apakah ertinya merdeka

PUTRAJAYA 31 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, berpandangan pengisian erti kemerdekaan adalah jauh lebih sukar berbanding hanya sorak dan gembira yang ditunjukkan anak muda kini. Melalui ucapan sempena Hari Merdeka ke-66, Dr Mahathir menjelaskan kemerdekaan diperoleh Malaysia dibayar dengan darah, keringat dan air mata melalui perjalanan yang jauh sehingga 500 tahun lamanya. Sehubungan itu, katanya beliau menekankan kepentingan untuk negara, bangsa dan tanah air terus mempertahankan kemuliaan, hasil kemerdekaan yang dicapai selama ini. “Apakah ertinya merdeka, kebebasan tidak terkurung, terlepas dari dibelenggu. Tanah Melayu sudah merdeka, ia…

Read More

Thaksin siap dokumen pengampunan

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, sedang menyediakan dokumentasi untuk memfailkan permohonan pengampunan diraja, kata peguam yang mewakilinua Wiyat Chartmontri. Thaksin yang sebelum ini berada dalam buangan, kembali ke Thailand selepas menghabiskan 15 tahun di luar negara. Selepas mendarat dengan jet peribadi, beliau dipindahkan ke penjara untuk menjalani hukuman lapan tahun atas tuduhan salah guna kuasa dan saki baki tuduhan konflik kepentingan ketika zaman pentadbirannya. Beberapa jam selepas ketibaannya, Srettha Thavisin, dari parti Pheu Thai yang disokong keluarga Shinawatra, dilantik menjadi perdana menteri. Ia mencetuskan spekulasi bahawa Thaksin mencapai…

Read More