Tok Mat cuti kempen tiga hari

SEPANG 3 Ogos –  Timbalan Presiden UMNO,  Mohamad Hasan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari selepas disahkan influenza dengan mengalami batuk dan demam.

Menerusi rakaman video di laman sosialnya, Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat itu berkata doktor menasihatkannya untuk tidak keluar dalam tempoh berkenaan kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain.

“Kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau serta pengundi di seluruh Negeri Sembilan saya minta maaf tidak dapat bersama dalam masa dua tiga hari ini.

“Saya dijangkiti influenza, batuk teruk dan demam jadi doktor nasihatkan untuk tidak keluar dan banyakkan berehat. Saya minta maaf kepada semua jentera Barisan Nasional mahupun Kerajaan Perpaduan. Teruskan gerak kerja di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan kawasan yang saya berjanji untuk melawat sebelum ini.

Saya memang tak boleh nak keluar dan berharap dapat bertemu dengan seberapa ramai pengundi selepas sembuh nanti, Insya-Allah,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, akan mempertahankan kerusi DUN Rantau dan beliau akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN), iaitu Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rozmal Malakan.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau adalah penyandang kerusi berkenaan selama empat penggal sejak 2004 dan kali terakhir memenangi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Related posts

Leave a Comment