TANJONG 12 Jun – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegur pemimpin yang menggunakan ilmu politik untuk tujuan picisan, yang membangkitkan keresahan rakyat hanya melalui bahagian tertentu sejarah. Merujuk isu Pulau Pinang milik Kedah yang dicetuskan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini, Anwar berkata, ilmu politik sepatutnya digunakan untuk selamatkan rakyat. “Betul atau tidak Pulau Pinang kepunyaan Kedah? Ya benar dahulu. Siapa tandatangan perjanjian 1957? Sultan Kedah, Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah tandatangan untuk nyatakan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan lain-lain negeri bentuk Persekutuan Tanah Melayu. “Kemudian ada…
Read MoreDay: June 11, 2023
Tuntutan bertindih 3 kerusi DUN Selangor
GOMBAK 11 Jun – Kedudukan tiga kerusi bertindih yang menjadi tuntutan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor akan diputuskan pimpinan peringkat pusat, kata Pengerusi PH negeri Amirudin Shari. Beliau berkata, kedua-dua pihak tidak dapat menyatakan persetujuan bagi tiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu walaupun sudah berusaha menyelesaikan rundingan berkenaan di peringkat negeri. Menteri Besar Selangor, itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama tiga kerusi DUN berkenaan serta nisbah agihan kerusi keseluruhan atas alasan ia belum dimuktamadkan dan mahu mengelak salah faham. “Terdapat tuntutan bertindih daripada pihak…
Read MoreKa Siong lepas jawatan Ketua Johor Bahru
JOHOR BAHRU 11 Jun – Wee Ka Siong tidak bertanding mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru hari ini sekaligus melepaskan jawatan yang disandangnya selama 15 tahun. Sebelum itu, Ka Siong pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha MCA Bahagian itu selama 15 tahun. ““Hari ini secara rasminya saya melepaskan jawatan di peringkat bahagian, agak sedih juga kerana telah berada di bahagian ini sejak saya bujang dan kali terakhir saya berucap di sini. Saya bermula dengan biro aduan awam MCA Bahagian, di mana saya terlibat menguruskan mangsa-mangsa penipuan, mangsa ah long…
Read MoreFF 1 dibida RM1.2 juta milik Sultan Johor
JOHOR BAHRU 11 Jun – Nombor pendaftaran kenderaan ‘FF 1’ bagi Putrajaya menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas baginda berjaya membidanya dengan tawaran tertinggi, RM1.2 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini menghadap Sultan Ibrahim dan secara simbolik mempersembahkan nombor khas unik ‘FF 1’ itu kepada baginda. Loke menerusi Facebook berkata, Sultan Johor telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas berkenaan. “Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta adalah nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.…
Read MoreKenapa rayu jika digantung tidak ikut prosedur?
JOHOR BAHRU 11 Jun – Bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang mempersoalkan rayuan yang perlu dibuat oleh ahli yang digantung atau dipecat sedangkan beliau tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Displin sebelum digantung. Beliau juga menegaskan tidak pernah khianat atau sabotaj parti malah bertungkus lumus nak memenangkan parti dalam setiap Pilian Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN). “Kenapa perlu buat rayuan jika proses penggantungan dan pemecatan dibuat tidak mengikut prosedur? Saya tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti sebelum digantung. “Saya menjadi ahli UMNO…
Read MoreDua juta rakyat tinggalkan UMNO
SEREMBAN: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa, memulakan ‘serangan’ ke atas parti yang disertainya selama 50 tahun dengan mendakwa lebih dua juta rakyat sudah meninggalkan parti itu. Beliau yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN), mendakwa UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat yang mengutamakan perpaduan rakyat, bukan lagi parti yang mahu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. “Ia sudah bertukar menjadi satu parti menjaga kepentingan individu, menjaga kepentingan kelompok dan puak tertentu, sekarang ini mereka sibuk menjaga dan menjadi tukang sapu kepada parti DAP semata-mata,” katanya. Annuar yang kini menganggotai Pas…
Read MorePas 37, Bersatu 8 kerusi DUN Kelantan
KOTA BHARU 11 Jun – Pas akan bertanding di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Bersatu lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri berkata pada asasnya pembahagian kerusi untuk PRN sudah selesai di mana Bersatu akan bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO. “Kita minta DUN atau cawangan mengemukakan calon mereka yang diyakini siapa terbaik dan menjadi pilihan rakyat,” katanya pada sidang media Mr Awang Selamat…
Read MoreBerita pilihan…
Eizlan Yusof sertai Pas
SEREMBAN: Selepas berteka teki mengenai parti politik pilihannya, akhirnya pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof , 51 disahkan menjadi ahli Pas. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengesahkan penyertaan itu bersama lebih 3,000 lagi ahli baharu. “Hari ini (semalam) sahaja lebih 3,000 yang menyertai kita (Pas), termasuk kumpulan Tan Sri Annuar Musa (bekas Setiausaha Agung BN) “Ada ramai lagi tokoh masyarakat dan pemimpin termasuk dari UMNO yang sudah menyatakan pendirian untuk menyertai Pas atau Perikatan Nasional (PN), cuma tunggu masa untuk diumumkan,” katanya selepas Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat PN Negeri Sembilan…
Read MoreTidak guna undang-undang ‘balas dendam’
KUALA LUMPUR 11 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu. Katanya, jika beliau berdendam, sudah ramai yang terperosok ke Penjara Sungai Buloh. Sebaliknya, beliau sentiasa menghormati undang-undang negara termasuklah tidak mencampuri tugas serta keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan hakim terhadap sesuatu pendakwaan. “Saya tahu perlunya kita pertahan prinsip keluhuran undang-undang. Siapa yang mahu disiasat, didakwa itu bukan kuasa saya, kuasa saya terhad kepada pengarahan terhadap institusi keselamatan menjalankan tugas mereka dengan tegas dan berani,” katanya…
Read More