Pas 37, Bersatu 8 kerusi DUN Kelantan

KOTA BHARU 11 Jun – Pas akan bertanding di 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Bersatu lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri berkata pada asasnya pembahagian kerusi untuk PRN sudah selesai di mana Bersatu akan bertanding di kerusi yang dimenangi  UMNO.

“Kita minta DUN atau cawangan mengemukakan calon mereka yang diyakini siapa terbaik dan menjadi pilihan rakyat,” katanya pada sidang media Mr Awang Selamat Kelantan 2023 di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Katanya,  calon yang dipilih oleh Pas adalah mengikut pilihan Ahli Majlis Syura Ulama yang akan membuat tapisan dan calon yang dipilih akur dengan pilihan itu.

Ketika ditanya sama ada calon yang mahu menarik diri termasuk di kerusi panas, Wan Roslan berkata, ada calon yang mahu menarik diri termasuk beliau dan juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tetapi mereka akur dengan pilihan parti.

Related posts

Leave a Comment