FF 1 dibida RM1.2 juta milik Sultan Johor

JOHOR BAHRU 11 Jun – Nombor pendaftaran kenderaan ‘FF 1’ bagi Putrajaya menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas baginda berjaya membidanya dengan tawaran tertinggi, RM1.2 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini menghadap Sultan Ibrahim dan secara simbolik mempersembahkan nombor khas unik ‘FF 1’ itu kepada baginda.

Loke menerusi Facebook berkata, Sultan Johor telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas berkenaan.

“Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta adalah nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.

Baginda secara sah menjadi pemilik nombor pendaftaran ‘VR46’ dengan nilai bidaan yang tinggi iaitu RM55,002.20 pada 8 Februari 2017.

Pada 26 Mei 2012, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor dengan nilai RM520,000 untuk nombor pendaftaran ‘WWW1’.

Related posts

Leave a Comment