KUALA LUMPUR 9 Feb. – Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya. Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan ia satu fitnah yang sengaja direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga dan sebahagian siri tohmahan jahat terhadapnya yang dilakukan oleh kerajaan PH-BN pimpinan Anwar Ibrahim. Katanya, sebagai Perdana Menteri pada masa itu beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka. Beliau menjelaskan proses perolehan kontrak…
Read MoreDay: February 9, 2023
SMART keluarkan tiga mangsa runtuhan
KUALA LUMPUR 9:Feb. – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye berjaya menemukan tiga mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan tujuh tingkat, di Nurdagi, Gaziantep hari ini. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pasukan MAS-01 SMART telah diaturgerak ke satu lokasi bangunan tujuh tingkat yang runtuh dan dipercayai tiga mangsa terperangkap. “Setelah dua jam menggunakan peralatan khas, pasukan itu berjaya menjumpai tiga mangsa, satu perempuan, satu lelaki dan satu kanak-kanak. “Semua mangsa yang ditemui telah pun meninggal dunia. Salam takziah, “ kata NADMA dalam kemas kini ringkas…
Read MoreHajiji kukuh, UMNO ‘gigit jari’ Warisan ‘berputih mata’
SELEPAS mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) baru-baru ini, kedudukan Ketua Menteri, Hajiji Noor semakin kukuh apabila mendapat sokongan baharu daripada tiga lagi wakil rakyat Warisan. Hajiji yang meninggalkan Bersatu bersama wakil rakyat parti dari Semenanjung itu bukan sahaja mendapat sokongan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan lima ADUN UMNO tetapi juga bekas ADUN Warisan. UMNO dan Warisan yang dikatakan cuba mengambil alih kerajan Sabah melalui apa yang digelar Langkah Kinabalu pada Januari lalu terpaksa berputih mata melihat kerajaan Hajiji yang semakin sukar diganggu…
Read MoreMalaysia tidak restui keganasan
BANGKOK 10 Feb. – Kerajaan tidak merestui sebarang tindakan yang berunsurkan keganasan sebagai jalan untuk menyelesaikan sebarang konflik di selatan Thailand, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengulas konflik yang sudah berlarutan sejak sekian lama, Malaysia sendiri berkongsi matlamat sama untuk mengekal dan memastikan keamanan berterusan bagi kedua-dua negara. “Malaysia dan Thailand bersama-sama ASEAN menzahirkan kebimbangan (mengenai konflik di selatan Thailand) dan pada masa sama memperakui bahawa apa yang berlaku di sana adalah isu dalaman Thailand. “Namun ia tugas kami sebagai jiran dan keluarga yang baik untuk memudah cara…
Read MorePenjenamaan semula KLIA, klia2
(Foto MAB) PUTRAJAYA 9 Feb. – Jemaah Menteri bersetuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, langkah itu bagi mencapai nilai lebih tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan terbang berkenaan serta mengukuhkan persaingan dua lapangan terbang negara dengan lapangan terbang antarabangsa. “Pelaksanaan ini dijangka dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara negara serta memulihkan semula sektor penerbangan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat berlandaskan gagasan Malaysia Madani,” katanya pada sidang media,…
Read MorePesuruhjaya Pas Perak mohon maaf
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ucapannya yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu membawa agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Berikutan permohonan maaf yang dibuat di Mahkamah Tinggi Taiping itu, kes saman fitnah oleh Perdana Menteri terhadap Razman selesai. Razman selaku defendan tunggal, yang membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin berkata ucapannya itu telah menyinggung perasaan dan memfitnah Anwar. “Saya ingin menzahirkan bahawa ungkapan saya telah…
Read MoreDari YB KJ kepada YB DJ KJ
Dari YB KJ kepada YB DJ KJ KUALA LUMPUR 9 Feb. – Jika sebelum ini YB KJ (Yang Berhormat) Menteri, mulai 15 Februari ini, Khairy Jamaluddin akan bergelar DJ YB (Yang Bercakap) apabila bekas Menteri Kesihatan itu memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM. Media Prima Audio (MPA) dalam kenyataannya mengesahkan Khairy atau lebih mesra dipanggil KJ akan mengendalikan segmen Bekpes yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal. Kenyataan MPA menyebut, minggu lalu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan…
Read MoreNazri Aziz Duta Besar Malaysia ke AS
KUALA LUMPUR 9 Feb. – Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013-2018), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas menerima watikan pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Sembilan lagi Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia turut menerima watikan pelantikan masing-masing. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln’s Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara. Beliau juga berpengalaman mengetuai Kementerian…
Read MoreOperasi SMART bermula di Ground Zero
KUMPULAN pertama Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia telah memulakan operasi di Ground Zero atau kawasan bencana Nurdagi, Gaziantep. Selain usaha-usaha SAR, pasukan dianggotai 70 orang itu turut menghulur bantuan kecemasan membantu mangsa yang mengalami serangan jantung berhampiran khemah mangsa. Nurdagi, Gaziantep merupakan salah satu kawasan yang paling teruk terkesan dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan bumi Turkiye pada 6 Februari lalu. Turut sama pasukan SMART dalam operasi itu adalah INSARAG Qatar. Sementara itu pasukan kedua SAR yang bergerak pada malam tadi telah selamat tiba di Turkiye pagi ini.…
Read More189 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 9 Feb. – Sebanyak 189 kes jangkitan baharu Covid-19 termasuk satu kes import direkodkan di seluruh negara semalam, 8 Februari berbanding 184 yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan kes tempatan setakat ini adalah 4,999,907 dan 38,636 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,038,543. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 36,946 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,892 berbanding 9,982 pada hari sebelumnya, berkurangan 90 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak…
Read More