Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 23 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan penurunan kepada 0.92 semalam selepas dua hari berturut-turut merekodkan peningkatan iaitu 0.95 pada Rabu dan hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Pahang dengan merekodkan kadar tertinggi 1.03.

Ini diikuti Perak 1.03, Perlis 1.01, Terengganu 1.01, Sarawak 1.00, Kelantan 1.00, Johor 0.99 dan Putrajaya 0.97.

Pulau Pinang menyamai kadar purata kebangsaan sementara enam lagi negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.89, Melaka 0.89, Kedah 0.88, Selangor 0.88, Negeri Sembilan 0.86 dan Kuala Lumpur 0.84.

Labuan mencatatkan tiga kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment