189 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 9 Feb. – Sebanyak 189 kes jangkitan baharu Covid-19 termasuk satu kes import direkodkan di seluruh negara semalam, 8 Februari berbanding 184 yang dilaporkan kelmarin.

Menurut data portal KKMNow,  jumlah keseluruhan kes tempatan setakat ini adalah 4,999,907 dan 38,636 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,038,543.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 36,946 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,892 berbanding 9,982 pada hari sebelumnya, berkurangan 90 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,530 kes atau 96.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 355 pesakit atau 3.6 peratus mendapat rawatan di hospital, tujuh daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana empat orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 279 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat semalam meningkat kepada 4,991,705 orang.

Sementara itu, kes harian di negeri-negeri terus kekal di bawah 100 kes dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 65 kes diikuti Selangor 43 kes.

Related posts

Leave a Comment