Tidak halang PH – BN runding kerusi PRN

BUKIT MERTAJAM 23 Jan. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, belum ada perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Perdana Menteri yang juga Presiden PKR berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung perkara itu tetapi setakat ini belum ada perbincangan rasmi mengenainya. “Secara rasmi belum (ada perbincangan) walaupun saya tidak menghalang pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan tetapi secara rasmi belum. Kalau boleh cadang tarikh kepada saya, saya boleh segerakan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita…

Read More

Anwar pulang ke Cherok Tok Kun

BUKIT MERTAJAM 23 Jan. – Anwar Ibrahim pulang ke kampung halaman beliau di Cherok Tok Kun di sini buat pertama kali  selepas menjawat jawatan Perdana Menteri November lalu. Kepulangan beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah. Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Dua masjid berkenaan Mohd Anor Abd Aziz. Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata, beliau menamatkan acara seharian di Pulau Pinang hari ini di Galeri…

Read More

Ziarah Tok Kadi pernikahan Anwar, Azizah

TASEK GELUGOR 23 Jan. – Datuk Mohammed Yussof Abd Latiff @ Abdul Latib, 84 yang diziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar seorang sahabat tetapi juga Tok Kadi yang menikahkan Perdana Menteri Ke-10 itu dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Melalui catatan di Facebooknya, Anwar memberitahu: “Saya turut menziarahi Ustaz Yusof Latif di Kepala Batas. Sosok ini adalah tok kadi yang menikahkan saya dan Azizah. Semoga Ustaz Yusof terus diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT,”. Anwar berkunjung ke Pulau Pinang menghadiri beberapa program selepas beliau dilantik sebagai…

Read More

Permatang Pauh asas kekuatan Anwar

PERMATANG PAUH 23 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kawasan Parlimen Permatang Pauh tetap akan menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara walaupun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kerusi itu berpindah kepada Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri yang juga Presiden PKR juga menyifatkan sumbangan rakyat Permatang Pauh begitu besar dan menjadi saksi jatuh bangun perjuangan beliau selama ini. “Kawasan mana jasa terbesar rakyat? Saya tidak pernah lupa walaupun saya pindah ke (Parlimen) Port Dickson, Tambun, tetapi asas kekuatan tetap Permatang Pauh. Tidak boleh lupa kerana terlalu lama jatuh bangun di…

Read More

UMNO gesa Sweden bertindak tegas

KUALA LUMPUR 23 Jan. –  UMNO mengutuk tindakan keji ahli politik haluan kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran dalam protes terhadap Turkiye Sabtu lalu  dan menyifatkannya sebagai menyalahguna kebebasan bersuara. Presiden UMNO, Dr AHmad Zahid Hamidi, berkata perbuatan Paludan itu juga satu tindakan provokatif terhadap umat Islam seluruh dunia. Justeru, katanya pemerintah Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap Paludan kerana perbuatan biadap itu boleh menjejaskan semangat hidup bersama secara aman dalam dunia berbilang agama. “Tanpa mengira niat sebenar beliau, tindakan keji oleh Paludan adalah provokasi yang jelas dan sangat…

Read More

Sedekah untuk undi adalah rasuah

BAYAN LEPAS 23 Jan. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi semasa pilihan raya sebagai sedekah. Katanya, fahaman sedemikian adalah salah sebaliknya perbuatan berkenaan sebenarnya adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi, dan boleh merugikan negara serta masyarakat. “Sedekah untuk amal jariah itu okey, tetapi sedekah untuk undi pada pilihan raya itu adalah korupsi,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dianjurkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, di sini hari ini. Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi…

Read More

Putus hubungan diplomatik jika Sweden diam

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Tindakan Rasmus Paludan membakar senaskhah kitab suci al-Quran adalah ‘jenayah paling buruk’, biadab dan terkutuk yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ketua Penerangan Putra Malaysia, Shahrulufti Sharif berkata, tindakan antiIslam itu tidak boleh dibiarkan kerana ianya mengundang tidak balas oleh umat Islam. “Putra mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji dan biadab terhadap kitab suci umat Islam al-Quran di Sweden walaupun amaran umat Islam memberi amaran berulang kali sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan. Kelmarin, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai…

Read More

Pesakit ke fasiliti kesihatan menurun

PUTRAJAYA 23 Jan. –  Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun 8.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ketiga 2023 (ME 3/2023) iaitu dari 15 hingga 21 Januari berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 mencatatkan penurunan 28.6 peratus bagi pesakit kategori satu hingga lima. Dalam kenyataannya hari ini, Dr Noor Hisham berkata, peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 bagi katil…

Read More

Pakar perancangan bandar tempatan sudah pupus?

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Apa istimewa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura hingga Menteri DAP KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) beria benar nak bawa masuk ke Malaysia? Itu persoalan yang dilontar oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berhubung keputusan kerajaan ‘mengimport’ pakar daripada agensi perumahan Singapura, HDB. Beliau membangkitkan persoalan siapakah individu yang ‘merestui’ keputusan membawa masuk pakar dari Singapura itu serta mempertikai kegagalan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim untuk memantau isu berbangkit. Sebelum ini, Menteri KPKT, Nga Kor Ming, mengumumkan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar…

Read More

DMDI desak Sweden ambil tindakan tegas

MELAKA 23 Jan. – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dianggap melampau dengan membakar al-Quran di negara itu, kelmarin. Presiden DMDI, Mohd Ali Mohd Rustam, berkata,  tindakan terkutuk oleh ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan itu boleh menjejaskan keharmonian selain menimbulkan rasa marah dalam kalangan umat Islam dunia. “DMDI mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan terbabit. Kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelampau itu yang sentiasa menjadikan Islam sebagai musuh mereka. “Islam tidak pernah memusuhi sesiapa dan tindakan Islamofobio membuktikan mereka sengaja…

Read More