Tidak halang PH – BN runding kerusi PRN

BUKIT MERTAJAM 23 Jan. – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, belum ada perbincangan berhubung pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR berkata tiada halangan untuk pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan berhubung perkara itu tetapi setakat ini belum ada perbincangan rasmi mengenainya.

“Secara rasmi belum (ada perbincangan) walaupun saya tidak menghalang pimpinan peringkat negeri mengadakan perbincangan tetapi secara rasmi belum. Kalau boleh cadang tarikh kepada saya, saya boleh segerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kenduri Rakyat di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta timbalannya, Lim Hui Ying dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong dan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Diminta mengulas mengenai Pas yang dikatakan akan menetapkan sendiri tarikh sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan PRN di Kedah, Kelantan dan Terengganu menyifatkan ia hak masing-masing.

“Itu hak mereka masing-masing dan dirujuk rujuk dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan urusan saya.

“Cuma kos mengadakan secara berasingan itu yang akan meningkat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pas akan menetapkan sendiri mengenai tarikh yang sesuai untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Related posts

Leave a Comment