Yusuf Islam ziarah Dr Mahathir

SEPANG 18 Okt. – Bekas penyanyi dan penulis lagu Britain, Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens hari ini menziarahi bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi Facebooknya, beliau turut berkongsi sekeping gambar bersama Dr Mahathir ketika kunjungan itu.

“Hari ini saya melawat Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, yang isterinya, Dr Hasmah, baru sahaja meninggal dunia, dan membaca al-Fatihah.

“Mereka sudah berkahwin selama 70 tahun. Beliau (Dr Mahathir kini) berusia 101 tahun, dengan izin Allah,” kongsinya.

Dr Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada 28 September lalu dan disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya, pada hari sama.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment