Kemelut NS dijangka tiada kesan

MELAKA 18 Okt . – Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menjangkakan kemelut politik di Negeri Sembilan tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka, bulan depan.

Beliau berkata apa yang penting adalah strategi yang disusun pucuk pimpinan diterjemah oleh jentera parti bagi meraih kemenangan pada pilihan raya berkenaan.

“Strategi yang baik tetapi tidak dilaksanakan, itu juga akan menggagalkan perancangan kita.

“Kita buat strategi cantik-cantik, pada zahirnya sangat baik, dan ramai orang yang akan mengundi ataupun dikategorikan sebagai pengundi putih kepada BN, tetapi kalau kita tidak buat (mereka) keluar (mengundi) pun tak bermakna, dia tidak masuk ke dalam peti undi,” katanya

Mohamad yang juga Menteri Luar, berkata kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) kali ke-10 sesi 2025 di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRU DN Melaka pada 14 November depan, dengan penamaan calon pada 31 Oktober manakala undi awal pada 10 November.

Related posts

Leave a Comment