Anwar pulang ke Cherok Tok Kun

BUKIT MERTAJAM 23 Jan. – Anwar Ibrahim pulang ke kampung halaman beliau di Cherok Tok Kun di sini buat pertama kali  selepas menjawat jawatan Perdana Menteri November lalu.

Kepulangan beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut meriah penduduk setempat di pekarangan Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah.

Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Dua masjid berkenaan Mohd Anor Abd Aziz.

Dalam catatan di Facebooknya, Anwar berkata, beliau menamatkan acara seharian di Pulau Pinang hari ini di Galeri Pejuang.

“Kami berkumpul pada malam ini bagi menggilap idealisme serta terus menyemangati tekad kita untuk bawa perubahan. Tidak mudah untuk kita sampai pada tahap hari ini tanpa pengorbanan dan dukungan rakyat di bawah.

“Kuasa yang kita kecapi hari ini mesti menjauhkan kita dari sikap keangkuhan kuasa. Sebaliknya, ia mesti ditumpahkan sepenuhnya kepada jalan kebenaran dalam membela nasib rakyat terbanyak,” katanya.

Related posts

Leave a Comment