Anwar ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA 20 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu, Ahad. Beliau menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali. “Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan. “Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini. Anwar…

Read More

Anwar kunjungi Taib Mahmud

KUCHING 20 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakhiri kunjungan dua hari ke Sarawak dengan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri hari ini. Menerusi kenyataan di laman Facebook, Anwar berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pembangunan dan usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua wilayah. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah isteri Abdul Taib, Ragad Kurdi Taib. Anwar melalui Facebooknya turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi beliau. Terdahulu, Anwar tiba di Sarawak bagi memulakan lawatan kerja…

Read More

Ongkili terus pimpin PBS

KOTA KINABALU 20 Jan. – Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), hari ini sebulat suara mengundi mengekalkan Dr Maximus Ongkili sebagai Presiden parti itu. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu  sebelum ini mengumumkan untuk berundur daripada memimpin PBS. “Meskipun saya sudah mengumumkan untuk berundur pada pemilihan (PBS) akan datang, ahli Majlis Tertinggi tetap mengundi saya untuk kekal sebagai Presiden parti. “Ini akan memberi masa yang mencukupi kepada PBS untuk mengenal pasti pengganti saya,” katanya dalam kenyataan, malam ini. Beliau mengucapkan terima kasih atas…

Read More

Ada yang masih berani, waras – Khairy

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memuji tindakan beberapa ahli parti merujuk isu satu usul yang diluluskan baru-baru ini ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Bekas menteri kesihatan itu juga menganggap mereka yang membuat laporan berkenaan sebagaiahli UMNO yang berani dan waras. “Well done, guys,” kata Khairy, “ada yang masih berani dan waras dalam UMNO.” Menurut Khairy, beliau yakin RoS akan mengambil tindakan sewajarnya susulan aduan yang dikemukakan. Terdahulu, Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (ahli…

Read More

Usul tiada pertandingan dibawa kepada RoS

PUTRAJAYA 20 Jan. – Isu usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan UMNO akan datang, dibawa ke pengetahuan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini. Dua ahli UMNO mendesak RoS meneliti laporan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 mengandungi usul tambahan itu, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti. Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan seorang lagi ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom hadir menyerahkan aduan terbabit kepada Pengarah Bahagian Siasatan RoS. Muhammad Aizat Fikri mendakwa perkara itu adalah…

Read More

RM1b bangunkan sempadan Sarawak-Kalimantan

KUCHING 20 Jan.. –  Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar , peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan. Beliau berkata, pembangunan di kawasan sempadan Sarawak yang berdekatan dengan Nusantara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta, minggu lalu. “Dalam pertemuan itu dibincangkan mengenai pembangunan ibu kota baharu Indonesia yang berdekatan sempadan Sarawak dan sebahagiannya di…

Read More

Khutbah ingatkan “Bahana Nikah Sindiket”

BANGI 20 Jan. –  Khutbah Jumaat di Selangor hari ini mengingatkan masyarakat Islam supaya mengelakkan ‘pernikahan sindiket’ yang boleh membawa pelbagai masalah dan merugikan banyak pihak, terutama suami isteri. Menurut teks kutbah itu, pernikahan di luar negara tanpa kebenaran atau tidak mengikut peraturan boleh menjejaskan urusan penting pada masa depan kerana tiada Surat Perakuan Nikah yang diiktiraf. Khutbah bertajuk ‘Bahana Nikah Sindiket’ oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), itu turut menjelaskan proses pendaftaran pernikahan berkenaan akan memakan masa panjang. Ini kerana ia membabitkan prosiding dan dokumentasi untuk didaftarkan semula dengan…

Read More

Anwar solat Jumaat di Petra Jaya

KUCHING 20 Jan. – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai lebih 5,000 jemaah dalam solat Jumaat tengah hari ini di Masjid Jamek, Petra Jaya, disini. Beliau yang diiringi Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 12.50 tengah hari dan disambut beberapa pemimpin negeri termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Mohammad Asfia Awang Nassar. Turut sama, Timbalan Premier, Awang Tengah Ali Hassan, Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Kipli Yassin dan pembesar-pembesar negeri. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim yang membicarakan…

Read More

Nahas menjelang Tahun Baharu Cina

SEREMBAN 20 Jan. –  Dua mangsa dipercayai pemandu dan kelindannya rentung dalam kebakaran sebuah treler di Kilometer (KM) 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu menyebabkan semua lorong terhalang di laluan berkenaan dan kesesakan sejauh lebih enam kilometer, setakat pukul 11.30 pagi. Rakaman video oleh pengguna jalan raya juga tular dalam laman sosial. Kedua-dua mangsa dijumpai rentung di dalam treler yang membawa kontena itu selepas pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban berjaya memadamkan api yang memusnahkan bahagian kepala…

Read More

Cari penyelesaian penerbangan lewat

SEPANG 20 Jan. – Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang rendah bagi mencari penyelesaian isu kelewatan penerbangan, kata Menterinya, Anthony Loke. Beliau sedar mengenai rungutan orang ramai berhubung isu kelewatan penerbangan disebabkan pelbagai faktor seperti teknikal, cuaca dan sebagainya. “Tetapi saya sudah minta syarikat penerbangan untuk beri fokus kepada operasi sebab kita harapkan ada suatu operasi lebih baik bagi kurangkan masalah kelewatan penerbangan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelepasan pesawat penerbangan tambahan istimewa AirAsia sempena Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur…

Read More