Anwar ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA 20 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu, Ahad.

Beliau menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali.

“Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.

Anwar turut memuat naik sebuah video memaparkan kisah Miki, seekor arnab putih yang gagah meneruskan perjalanan untuk terus bernafas walaupun penat yang memungkinkan ia untuk menyerah tetapi menunggu untuk sinar harapan.

Video berdurasi 1.14 minit itu turut memberi mesej kepada semua rakyat di Malaysia yang menempuh pelbagai cabaran dan dugaan selama ini yang mencari sinar harapan agar tidak boleh mengalah sebaliknya bangkit dengan semangat perpaduan.

Related posts

Leave a Comment