Anwar solat Jumaat di Petra Jaya

KUCHING 20 Jan. – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai lebih 5,000 jemaah dalam solat Jumaat tengah hari ini di Masjid Jamek, Petra Jaya, disini.

Beliau yang diiringi Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 12.50 tengah hari dan disambut beberapa pemimpin negeri termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Mohammad Asfia Awang Nassar.

Turut sama, Timbalan Premier, Awang Tengah Ali Hassan, Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Kipli Yassin dan pembesar-pembesar negeri.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim yang membicarakan perpaduan sesama manusia dan diikuti mengimamkan solat.

Selepas solat Anwar turut mengambil kesempatan bersalaman dengan orang ramai sebelum beredar ke program berikutnya.

Related posts

Leave a Comment