Anwar kunjungi Taib Mahmud

KUCHING 20 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakhiri kunjungan dua hari ke Sarawak dengan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri hari ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Anwar berkata pertemuan tersebut antaranya menyentuh soal pembangunan dan usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua wilayah.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah isteri Abdul Taib, Ragad Kurdi Taib.

Anwar melalui Facebooknya turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi beliau.

Terdahulu, Anwar tiba di Sarawak bagi memulakan lawatan kerja sulungnya selama dua hari sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas.

Related posts

Leave a Comment