Kes harian Covid-19 naik kepada 383

PUTRAJAYA 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam naik sedikit kepada 383 termasuk dua kes import berbanding 367 termasuk dua kes import yang dilaporkan kelmarin .

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,031,826 iaitu 4,993,248 kes tempatan dan 38,578 kes import.

Menurut portal KKMNOW empat kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk dua kes kematian luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,905 termasuk 7,861 kes BID.

Sementara itu, kes aktif pula turun sedikit berbanding semalam kepada 11,126 berbanding 11,372 sebelumnya di mana 10,611 atau 95.4 peratus menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin PKRC.

Sebanyak 495 pesakit atau 4.4 peratus mendapatkan rawatan di hospital di mana 20 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan lapan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa yang sama, sebanyak 625 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,983,795 orang pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment