HULU SELANGOR 25 April – Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, pada 11 Mei ini. Pemilihan anak tempatan yang juga seorang ahli perniagaan itu diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di sini malam ini. Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon DAP mewakili Kerajaan Perpaduan atas tiket Pakatan Harapan (PH). PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee…
Read MoreDay: April 25, 2024
Sumbangan Yang Dipertua Negeri, kerajaan negeri
TANJONG 26 April – Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Selasa lalu. Sumbangan peruntukan khas ketua menteri itu diserahkan sendiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kepada bapa Allahyarham, Ramli Abd Hamid, 69, ketika menziarahi kediaman keluarganya di Pantai Jerejak di sini, petang ini. Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sedia berbincang mengenai bentuk bantuan lain kepada keluarga Allahyarham selepas ini. Beliau juga berharap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM…
Read MoreJentera MCA Selangor tidak diaktifkan di KKB
SEPANG 25 April – Seluruh jentera MCA Selangor tidak akan diaktifkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini, kata Pengerusi MCA Selangor, IR Lawrence Low. Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA yang dibuat pada 19 April baru-baru ini, sekiranya BN tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Pada masa yang sama, keceluparan pemimpin tertinggi DAP yang berterusan menghina MCA menyebabkan akar umbi parti terguris dan tidak sanggup dikerah untuk membantu kempen memenangkan calon DAP…
Read MoreSPRM siasat Dr Mahathir, dua anak
GUA MUSANG 23 April – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta. Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009. Beliau bagaimanapun tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, dan apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka. “Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan…
Read MoreEmraz Travel diarah bayar RM46,940
TAWAU 25 April – Syarikat pengendali pakej umrah, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diarah membayar pampasan (award) ganti rugi berjumlah RM46,940 kepada enam individu yang gagal mengerjakan ibadah umrah pada tarikh yang ditetapkan. Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Sabah, Larina Wong Shiao Yee, mengeluarkan arahan itu selepas pendengaran kes dikemukakan pihak penuntut Rajis Yusof, 41, bersama lima yang lain terhadap syarikat berkenaan. Menerusi tuntutan yang dikemukakan, syarikat pengendali pakej umrah berkenaan berpangkalan di Putrajaya didakwa gagal menerbangkan semua mereka (mangsa) untuk mengerjakan ibadah umrah pada 20 Mac tahun lalu.…
Read MoreSiasatan kes pembinaan LCS masih berterusan
GUA MUSANG 25 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. Beliau berkata ketika ini, siasatan kes itu sedang berada pada peringkat SPRM menghubungi pihak-pihak berkaitan di luar negara, bagi mengambil keterangan. “Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes ini masih aktif diteruskan,” katanya selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu, di sini, hari ini. Menurut Azam, SPRM…
Read MoreKertas siasatan komentar jelik nahas helikopter
KUALA LUMPUR 25 April – Polis mengesahkan membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komentar jelik susulan nahas dua helikopter ketika menjalani latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Mohd Shuhaily Mohd Zain, siasatan di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Katanya, siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas bahagian pendakwaan / Undang undang (D5) JSJ Bukit Aman “PDRM telah membuat rampasan satu unit telefon…
Read MoreTindakan MCA tidak ganggu jentera Perpaduan
PUTRAJAYA 25 April – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yakin keengganan MCA turun berkempen bagi membantu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu tidak akan mengganggu jentera Kerajaan Perpaduan di kerusi itu. Katanya fokus utama Kerajaan Perpaduan kini adalah memberi kemenangan buat calon, Pang Sock Tao, malah Barisan Nasional (BN) turut akan membantu usaha itu. “Tidak menganggu (MCA tidak turun) Hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN adalah terasnya. BN akan membantu dan kita fokus di lapangan. “Kita ada calon yang bagus. Malam tadi di Kuala Kubu Bharu,…
Read MorePM nafi kasino di Forest City Johor
PUTRAJAYA 25 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor. Beliau yang juga Menteri Kewangan juga menyatakan, laporan media yang memetik sumber, bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu adalah tidak betul. “Tiada kasino berlesen…tipu…tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Madani Muhibah Aidilfitri, di pekarangan Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebelum ini, Bloomberg dengan memetik sumber, melaporkan Perdana Menteri bertemu dengan dua hartawan terkemuka minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest…
Read MoreUM mohon maaf, tambah baik prosedur
KUALA LUMPUR 26 April – Universiti Malaya (UM) memohon maaf kepada semua pihak dan menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat seorang profesor dipercayai pro-Israel, ketika tampil sebagai penceramah jemputan universiti itu. Pusat Komunikasi Korporat (CCC) UM berkata, kenyataan kontroversi itu tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial. Dalam satu kenyataan hari ini, UM turut memandang serius perkara ini dan satu laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dengan isu ini. Katanya, CCC UM juga mengambil maklum…
Read More