MCMC lapor polis terhadap 3 individu

PUTRAJAYA 20 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis, terhadap tiga individu kerana didakwa membuat dan menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai MCMC. Mereka adalah Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) serta Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo. MCMC dalam satu kenyataan, hari ini, berkata laporan polis itu dibuat semalam berdasarkan kandungan dimuat naik oleh tiga individu berkenaan dalam platform media sosial TikTok, Facebook serta YouTube pada 17 April lalu. Kandungan terbabit menggambarkan seolah-olah pegawai MCMC…

Read More

Gerakan sedia tanding PRK Kuala Kubu Bharu

KUALA LUMPUR 20 April –  Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebulat suara memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan. Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, hasrat Gerakan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini. Beliau bagaimanapun berkata, parti itu bersedia menerima sebarang kemungkinan kerana keutamaan adalah untuk memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK tersebut dan berkhidmat kepada rakyat Kuala Kubu Bharu. Bercakap pada sidang media, beliau berkata PRK…

Read More

Jenazah Hanif Omar selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 20 April – Jenazah Allahyarham Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, pukul 3.17 petang ini, bersebelahan pusara anaknya, Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013. Terdahulu jenazah bekas Ketua Polis Negara itu dimandi dan disembahyangkan di Masjid Negara selepas tiba dari kediamannya di Shah Alam. Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni. Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob…

Read More

Keputusan MCA secara kolektif

REMBAU 20 April – Pendirian MCA tidak akan membantu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu,sekiranya calonnya bukan dalam kalangan wakil Barisan Nasioonal (BN) dibuat secara kolektif, kata Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong Katanya, MCA  sudah pun menyampaikan cadangan supaya calon PRK Kuala Kubu Bharu harus dipilih dalam kalangan BN kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Timbalannya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi. Malah, beliau berkata, pendirian itu juga sudah dipersetujui parti berkenaan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA berlangsung di ibu pejabat parti itu semalam. “Sebelum mesyuarat Jawatankuasa…

Read More

PRK: BN ‘uruskan’ pendirian MCA, MIC

REMBAU 20 April – Barisan Nasional (BN) akan ‘menguruskan’ pendirian MCA dan MIC yang enggan berkempen membantu calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, berkata kerusi DUN Kuala Kubu Bharu adalah milik Pakatan Harapan (PH) dan tidak sepatutnya timbul ada pihak dalam Kerajaan Perpaduan yang enggan membantu kempen PRK berkenaan. Katanya, sebelum ini, semasa PRK Parlimen Pulai, dan DUN Simpang Jeram di Johor, UMNO membantu calon Amanah yang bertanding. “Apabila PRK Pelangai yang ditandingi BN (UMNO), semua parti dalam…

Read More

“Semoga Allah SWT memberkati umrah kami”

SEPANG 20 April –  Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya sekumpulan 30 jemaah cacat penglihatan yang mendapat tajaan penuh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) untuk menunaikan ibadah umrah. Sudah lama mereka menunggu peluang itu dan akhirnya ibarat bulan jatuh ke riba, tawaran Andalusia disambut dengan penuh kesyukuran melalui pemilihan yang dilakukan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Mereka kini di Madinah selepas penerbangan petang semalam dan walaupun 20 daripada mereka buta sepenuhnya tetapi begitu teruja untuk mengunjungi Baitullah dan berhasrat sekurang-kurangnya dapat menyentuh Kaabah. Bagi Naib Yang Dipertua…

Read More

Umrah: Tarikh akhir keluar Saudi 7 Jun

JEDDAH: Jemaah umrah asing dikehendaki meninggalkan Arab Saudi selewat-lewatnya 29 Zulkaedah atau 7 Jun ini bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji ke kota suci Makkah dan Madinah bagi musim 1445. Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan menjelaskan demikian bagi menjawab beberapa pertanyaan dikemukakan di akaun X kementerian. Ini berikutan laporan awal bahawa tarikh akhir pemegang visa umrah memasuki Arab Saudi tahun ini ialah pada 15 Zulkaedah 1445 atau 24 Mei dan sah visa umrah adalah tiga bulan dari tarikh pengeluarannya, bukannya tarikh kemasukan ke negara ini. Arab Saudi menetapkan…

Read More

Pindah ke Nusantara dalam tiga peringkat

KALIMANTAN TIMUR: Penjawat awam akan dipindahkan ke pusat pentadbiran baharu Indonesia di Nusantara Kalimantan Timur dalam tiga peringkat berdasarkan keutamaan. Menteri Pemerkasaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Abdullah Azwar Anas, berkata proses perpindahan 32,937 orang itu berlangsung sehingga 2029. Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan beberapa rancangan untuk memenuhi keperluan penjawat awam di ibu negara baharu itu termasuk pengambilan baharu khususnya dari Kalimantan Timur. “Kita akan beri kuota khas untuk calon tempatan,” katanya dalam kenyataan. Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) menyatakan pembinaan 47 bangunan kediaman bertingkat…

Read More

Strain H5N1 dikesan dalam susu mentah

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendedahkan strain virus selesema burung H5N1 dalam kepekatan yang sangat tinggi dikesan dalam susu mentah haiwan yang dijangkiti. Bagaimanapun tidak diketahui tempoh virus itu boleh bertahan dalam susu. Selesema burung A (H5N1) pertama kali dikesan pada 1996 namun sejak 2020, bilangan wabak pada burung meningkat dengan pesat, di samping peningkatan bilangan mamalia yang dijangkiti. Strain itu menyebabkan kematian berpuluh juta ternakan dengan burung liar dan mamalia darat dan laut turut dijangkiti. Lembu dan kambing turut termasuk dalam senarai bulan lalu, sekali gus menyaksikan perkembangan mengejutkan dalam…

Read More