5 ADUN Sabah gugur atau kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR  13 Jan. – Apakah nasib lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk Timbalan Ketua Menteri III dari UMNO yang menyertai kerajaan diterajui Ketua Menteri, Hajiji Noor? Ini berikutan UMNO hari ini sebulat suara meluluskan usul pindaan perlembagaan parti di mana Ahli Parlimen dan ADUN yang menyertai pakatan lain yang UMNO tiada dalam pakatan itu, akan tergugur keahliannya secara automatik. Adakah sekadar gugur keahlian tanpa perlu mengosongkan kerusi seterusnya mengadakan pilihan raya kecil (PRK). Jika sekadar gugur keahlian, mereka boleh sahaja menyertai parti lain. Berpindah ke parti lain…

Read More

Dr Yusof Pengerusi Qhazanah Sabah

KOTA KINABALU 14 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Bhd berkuat kuasa serta-merta. Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan berkata ahli politik Barisan Nasional (BN) itu menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini hari ini. Dr Yusof adalah salah seorang daripada lima ADUN UMNO-BN yang tidak menyertai Ketua Perhubungan UMNO Sabah Bung Moktar Radin yang menarik semula sokongan terhadap  Hajiji. Beliau menggantikan Salleh Said…

Read More

Berlapang dada UMNO bersama DAP

TIDAK pasti apakah reaksi perwakilan UMNO terhadap Ucapan Dasar Presiden Tahun 2020. Dewan Merdeka tidak terbuka untuk media mengikuti perbahasan secara langsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seperti sebelum ini. Tiada gambaran apa yang berlaku di dalam dewan. Suasananya panas atau hambar? Masih adakah seloka pantun yang sinis. Adakah perwakilan berterus terang? Apa yang menjadi tumpuan pembahas? Siapa yang boo, siapa kena boo? Begitu juga persoalan mengenai Kerajaan Perpaduan. Adakah masih menjadi perdebatan atau semuanya kini berlapang dada menerima penjelasan yang dihuraikan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi? Mungkin perwakilan sudah redha…

Read More

Hishammuddin sedia bertanding No.1 atau 2

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Bekas Naib Presiden UMNO,  Hishammuddin Hussein sedia mencabar Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan pada pemilihan UMNO akan datang jika jawatan utama itu dipertandingkan. Ahli Parlimen Sembrong itu menyatakan kesediaannya itu ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu dipertandingkan pada pemilihan yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini. Beliau berkata, keputusan sama ada jawatan Presiden atau Timbalan Presiden yang akan direbutnya hanya akan diputuskan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) memutuskan sama ada dua jawatan itu dipertandingkan…

Read More

UMNO garis lima hala tuju baharu

KUALA LUMPUR 13 Jan. –  UMNO yang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu hari ini menggariskan lima hala tuju baharu bagi membolehkan parti bergerak ke hadapan. Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesuai dengan perubahan sikap, pemikiran dan landskap politik negara, islah dan tajdid dalam gerakan politik perlu berterusan. Katanya, hala tuju pertama adalah menjalin kerjasama strategik dengan mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam mendepani realiti politik baharu. Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan…

Read More

Tuding menuding jejas parti langkah ke depan

KUALA LUMPUR 13 Jan. –  Tindakan tuding-menuding mencari kesalahan punca UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu berisiko menjejaskan usaha parti berkenaan untuk melangkah ke depan, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, polemik sedemikian tidak boleh dibiar berterusan walaupun beliau boleh saja menyalahkan pihak lain mengenai punca kekalahan calon-calon Barisan Nasional (BN) atau UMNO. “Saya boleh saja gariskan bahawa adanya kempen pilihan raya calon kita memburukkkan partinya sendiri, UMNO katanya parti korup, sudah rosak, sudah sesat dan pelbagai nista dilemparkan, hingga ucapannya dijadikan modal pembangkang…

Read More

Zahid nafi pilih calon BN secara sendirian

KUALA LUMPUR 13 Jan. –  Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan yang mengatakan beliau bertindak sendirian dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Sebaliknya, beliau menegaskan proses pemilihan calon untuk mewakili parti membabitkan rundingan di peringkat ‘top five’ atau lima kepemimpinan tertinggi, selain Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan perhubungan negeri. “Daripada 119 calon UMNO, hanya enam yang bertukar di saat akhir, atas beberapa pertimbangan. Bakinya 113 adalah hasil rundingan dengan Pengerusi Perhubungan negeri bersama ‘Top Five’ (lima kepemimpinan tertinggi),” katanya. Menjelaskan perkara ini…

Read More

Kes harian Covid-19 naik kepada 383

PUTRAJAYA 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam naik sedikit kepada 383 termasuk dua kes import berbanding 367 termasuk dua kes import yang dilaporkan kelmarin . Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,031,826 iaitu 4,993,248 kes tempatan dan 38,578 kes import. Menurut portal KKMNOW empat kematian akibat Covid-19 direkodkan termasuk dua kes kematian luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,905 termasuk 7,861 kes BID. Sementara itu, kes aktif pula turun sedikit berbanding semalam kepada 11,126 berbanding 11,372 sebelumnya di mana…

Read More