Panas: Bangladesh tutup sekolah, kolej

DHAKA: Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 celcius memaksa  kerajaan Bangladesh menutup operasi sekolah dan kolej sehingga Sabtu ini yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.

Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.

Langkah penutupan itu juga selari dengan tindakan India dan Filipina susulan gelombang haba melanda seluruh Asia.

Pengarah Save The Children Bangladesh, Shumon Sengupta berkata, penutupan sekolah akibat gelombang haba memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak Bangladesh yang merupakan antara kelompok termiskin di dunia.

Sementara itu, ribuan penduduk berkumpul di sini untuk berdoa memohon hujan.

Biro Cuaca Bangladesh berkata, purata suhu maksimum di ibu negara sepanjang minggu lalu adalah empat ke lima darjah celsius lebih tinggi berbanding purata 30 tahun untuk tempoh yang sama.

Dalam pada itu melalui Facebook Save The Children in Bangladesh, Roksana Begum mengharapkan bantuan komuniti untuk kelangsungan hidup.

“Kami adalah petani miskin yang bergelut untuk memberi makan anak-anak pada musim panas ini. Sangat sukar untuk bekerja apabila ia terlalu panas.

Walau bagaimanapun, kami tetap berharap dengan sedikit bantuan daripada komuniti, kami dapat mengatasi halangan ini dan meneruskan kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga,” katanya.

(Foto FB  Save The Children in Bangladesh)

Related posts

Leave a Comment