2.5 juta berhimpun di Masjidilharam

MAKKAH: Lebih 2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidilharam di Makkah untuk mendirikan solat Isyak dan tarawih pada malam ke-29 Ramadan, di samping menghadiri majlis khatam al-Quran.

Masjidilharam dibanjiri dengan orang ramai sejak tengah malam, ketika para jemaah menunaikan solat yang dimamkan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais yang turut memanjatkan doa agar Allah mengampunkan dan melindungi semua umat Islam.

Sementara itu, Masjid Nabawi turut menyaksikan berlangsungnya majlis khatam al-Quran semasa solat tarawih yang dimamkan Sheikh Salah Al-Budair

Pihak Berkuasa Am membuat persiapan rapi untuk memastikan kemudahan kemasukan jemaah, di samping keselamatan dan keselesaan mereka melalui laluan akses yang teratur dan kemudahan seperti pengagihan air Zamzam dan penyediaan tempat duduk khusus bagi golongan warga emas.

(foto inside haramain)

Related posts

Leave a Comment