Cuaca buruk : UAE lulus $AS544 juta

ABU DHABI: Mesyuarat Kabinet Emiriyah Arab Bersatu (UAE) meluluskan pakej bernilai AED2 bilion (AS$544 juta) untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.

Sebuah jawatankuasa menteri ditugaskan untuk menilai kerosakan dan pembayaran pampasan dengan penyelarasan pihak berkuasa persekutuan dan tempatan.

Perkara itu diumumkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, yang dipengerusikan Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

“Kami meluluskan peruntukan AED2 bilion untuk membaiki kerosakan kediaman penduduk. Dengan susulan dan sokongan abang saya, Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, kehidupan kembali normal dengan cepat.” kata Sheikh Mohammed

Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga dan Infrastruktur dan dianggotai ahli dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Darurat Krisis dan Pengurusan Bencana Kebangsaan dan entiti persekutuan lain serta wakil dari kesemua tujuh kementerian itu.

“Peristiwa cuaca luar biasa ini menjadi rahmat bagi kami. Empangan penuh, lembah-lembah mengalir dengan air hujan dan rizab air bawah tanah diisi semula. Kami meningkatkan kesediaan dan kesiapsiagaan, menjadikan kami lebih bersedia pada masa hadapan.” katanya.

Related posts

Leave a Comment